PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 17 November 2014

Today Is Your Day!


HAPPY 3RD BIRTHDAY 
MY DUOS AMNI-AFNAN !!!
------------------------------------------------------


Hari ni hari lahir twin RA, 
gandingan mantop Khalili Amni & Khalil Afnan.
Mantop tang mana? 
Mantop tang buli mama siang malam..
Amni shift malam, Afnan shift siang..
Harap maklum :)

Apa2 pun, syukur alhamdulillah...
Masih dipinjamkan-Nya usia untuk melihat
mereka membesar,
menginjak ke usia 3 tahun.


Si adik, Afnan,
membesar bagai Juara!
Alhamdulillah, seperti kanak2 normal lain, berlari, 
bermain, bercakap (walaupun masih pelat 
dan kadang2 mengarut). Mula mengenal huruf jawi dan 
rumi, belajar solat, doa2, menyanyi sorang2 dengan
bahasa yang dia je faham..heheh...


 


Si kakak, Amni, 
alhamdulillah juga membesar bagai Juara
walaupun badan tak besar mana..
Buat masa ni masih tak berani nak berjalan
sendiri tanpa dipimpin dan kadang2 'malas'
nak berjalan bila dipimpin.

Tetap tiada butir kata..yer la, RA pun dah terima 
kenyataan, macam yang doc genetik kata aritu, 
even Amni di refer untuk speech therapy,
tak ada jaminan dia akan mampu berkata2.

Tapi, setiap hari RA akan bercakap dan cuba ajar Amni
bercakap dan mengeluarkan bunyi.
Kadang2 tengok dia menyengih bila diajar,
rasa macam nak tarik je lidah dia tu bagi bekerja...
hihi...geram sayang...

Oh ya, ramai lagi yang bertanya, kenapa dengan Amni?
Kronologinya boleh baca di sini.

Perkembangan fizikal dan mental Amni 
tak secepat dan setepat anak2 seusianya. 
Kenapa membabitkan physical progress?

Tapi di usia 3 tahun ni, banyak
perkembangan positif yang RA lihat.
Dia dah boleh geng dan bermain sama2 dengan
abang Khalif dan Afnan.
Ke mana Khalif dan Afnan berlari, 
dia akan mengekor walaupun hanya dengan 
merangkak. 

 

 

Dia juga mampu menyusun dan memadan 
ketika bermain lego dan permainan lain. RA cakap 
pada Mr KA, RAM Amni dah upgrade 8GB..hihi..

Nampak je badan kecik, tapi dialah yang paling
kuat makan. Ntah bila dia rasa kenyang ntah...

Alhamdulillah,
apa2 pun RA bersyukur anak2
tetap dalam kondisi sihat dan tak perlu bergantung 
kepada ubat2an. 

Semoga Allah terus beri kekuatan untuk kita
hadapi kehidupan yang mendatang...
insyaAllah.



"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...