PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Sabtu, 4 Mei 2013

Terapi hari ini..


02.05.2013, lepas hantar KA ke sekolah kami terus gerak ke Institut Pediatrik HKL. Appointment jam 8.30am, tapi sampai di unit Terapi Carakerja jam 8.45. Jalan jem, biasala masuk pusat bandar, kena la terima hakikat. Mujurlah Mr KA pandai cari jalan yang kurang sikit jem nye walaupun waktu macam ni, jalan mana yang tak jem kat KL ni..

Nampaknya,hari ni sessi terapi Amni berjalan dalam mood yang sangat best dan ceria, alhamdulillah. Pn. Lina, therapist yang melatih Amni sejak setahun lalu, nampak dah sarat dan dia dibantu dua org pelajar praktikal yang ceria gak. Hah, aura Amni dah tersebar, maka riuh rendahlah bilik rawatan 05. Macam2 latihan yang Amni buat. Amni dah boleh duduk tanpa sokongan bila dia khayal dengan mainan di depannya. Tapi bila dia sedar therapist dah tak menyokong kat belakang, fokus hilang dan dia tolak badannya ke belakang. 

 

Latihan hari ni banyak menumpukan pada melatih tulang belakangnya 
menyokong badan untuk duduk. 


Berdiri? Dah pass lama dah. Cuma sekarang, Amni dah boleh bangun berdiri sendiri, janji ada benda yang boleh dia pegang. Amni pun dah pandai duduk macam katak (kaki dilipat ke belakang dari luar dan gunakan tangan menyokong badan).

Bila start lewat, habis pun lewat la. Tengok jam dah pukul 9.45am. Sebelum menamatkan sessi hari ni, therapist sempat ajar cara untuk stimulate setiap sendi dengan cara compression - tolak dan tarik diantara sendi. Start dari sendi bahu, siku, pergelangan tangan, jari2 tangan, pangkal paha, lutut, pergelangan kaki dan jari2 kaki. Ok lah tu..satu pelajaran setiap satu bulan. Banyak2 kang RA pun tak terbuat lak.

9.50am, kami dah ada di unit Fisioterapi kat tingkat 1. Masa ni Amni dah mula buat perangai. Ye la, dah sampai waktu beradu. Apa saja yang therapist dan pembantunya buat, Amni akan merengek sambil toleh cari RA. 

 
:: mama terpaksa menyorok ::

Solusinya, lepas menyusukan Amni, therapist mintak RA duk jauh sikit dan menyorok dari Amni. Nampaknya cara tu berkesan. Macam biasa, latihan dengan gym ball jadi rutin wajib. Setengah jam kedua, Amni dilatih melangkah menggunakan alat beroda (entah apa namanya). Seronoknya tengok Amni fokus buat rutin (itu pun bila RA hilang seketika dari pandangan dia). Setiap hari kat rumah, RA akan pimpin Amni berjalan bila nak ke bilik air. Dari dia cuma mampu seret kaki, sekarang dah boleh tarik kaki untuk melangkah walaupun langkah yang cuba disusun masih tak teratur.

 


Hati RA rasa happy sangat, tengok perkembangan Amni ni. Ternyata, telahan doc setahun setengah yang lalu, silap sama sekali. Kata doc, RA akan tengok Amni membesar dengan terbaring je seumur hidupnya. Ya, pertolongan dan kasih sayang Allah ada di mana2,bila2 masa dan untuk sesiapa saja. Sama ada cepat atau lambat (sudut pandang kita sebagai manusia), tetap akan terjadi tepat masanya tanpa tercepat atau terlambat satu saat pun (sudut pandang Kuasa Allah bila Dia katakan 'kun fayakun'). Apa yang penting, kita terus positif, terus berusaha tanpa istilah putus asa, berdoa seikhlasnya dan bertawakkal. Pergantungan dan persandaran kita hanya pada Allah Yang Esa..


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...