PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Ahad, 18 Disember 2011

(Kronologi) Baby Amni Positif ACC




22/11/2011
Baby Amni didiagnosis dengan Agenesis of the Corpus Callosum (ACC) lima hari selepas kelahirannya pada 17 November 2011, melalui ultrasound yang dijalankan. Terma yang sangat asing buat RA & Mr KA. Selain penerangan, doc sarankan kami rujuk di internet tentang terma ni. Penjelasan yang paling mudah ialah 'Split Brain' di mana ketiadaan penyambung antara otak kanan dengan otak kiri. Alhamdulillah, kami dapat terima dengan hati yang terbuka. Secara peribadi, RA dapat menerima dengan sepenuh hati & positif kerana RA tau, ramai yang menyokong kami & akan terus menyayangi baby Amni walau macamana pun keadaan dia. RA juga sedar, betapa susahnya hati kami, betapa teruknya keadaan baby Amni, ada lagi ibubapa yang lebih susah hatinya daripada kami & lebih teruk keadaannya dari baby Amni.

23/11/2011
RA dipanggil untuk admit ke Wad KK8, Institut Pediatrik, menemani baby Amni. Itu satu berita baik untuk kami, memandangkan baby Amni dipindahkan ke wad biasa. Cuma prosedur untuk melihat perkembangannya, memerlukan dia ditempatkan di situ untuk beberapa hari lagi. RA admit membawa bersama baby Afnan. Itulah kali pertama baby Amni & baby Afnan dipertemukan. Sayunya hati melihatkan keadaan baby Amni yang ketika itu beratnya cuma 2.025kg, masih sama sewaktu kelahirannya.



25/11/2011
Alhamdulillah, doc puas hati dengan perkembangan baby Amni dan 3 hari selepas tu, kami dibenarkan discaj. Sepanjang berada di wad, Mr KA lah yang ulang-alik ke hospital membawa lauk untuk RA yang sedang berpantang..(pantang nampak kot)

12/12/2011
Kami bawa baby Amni ke Institut Pediatrik untuk menjalani Spinal Ultrasound pulak. Alhamdulillah, keputusannya juga menyenangkan hati kami.

21/12/2011

Sekali lagi baby Amni terpaksa warded untuk menjalani prosedur MRI keesokannya. Sebelum tu, jam 4am baby Amni perlu dipuasakan sehingga 10am (jadual yg manusia tetapkan, boleh jadi lebih lama lagi). Aduh, macamana lah anak sekecil tu dapat memahami yang dia perlu berpuasa. Merengek minta susu, terpaksa RA cari alternatif lain. Jari kelingking terpaksa RA berikan untuk menidurkan dia. Lama mana dia dapat bertahan hanya dengan menghisap jari RA? Tangannya pulak tercucuk jarum drip. Rasa nak menangis, tapi RA kuatkan hati.


22/11/2011
Jam 10.15, baby Amni dimasukkan ke dalam inkubator, dengan menaiki ambulans, kami dibawa ke bangunan Wad Dermatologi dan terus ke bilik MRI...sebelum tu, baby Amni diberi ubat tidur supaay dia tak bergerak sepanjang 30minit MRI berjalan. Selesai 30minit, barulah baby Amni dibenarkan menyusu...alhamdulillah... Petang tu jugak kami dibenarkan discaj.

23/12/2011
Appointment dengan doc pakar di Klinik Pakar untuk pemeriksaan susulan.

02/02/2012
Sepatutnya, hari ni kami dapat result dari doc tentang MRI yang dijalankan. Tapi, diorang kata masih belum siap...hmmm...tp, doc mahu kami bersedia. Keadaan paling teruk yang akan kami hadapi sepanjang pembesaran baby Amni, mungkin kami hanya akan melihat baby Amni terbaring tanpa mampu melakukan apa2. Okay, insyaAllah kami bersedia untuk itu & tak putus doa agar baby Amni dapat membesar sama seperti baby Afnan walaupun mungkin lambat dari yang sepatutnya.

Kami kongsikan perkembangan & gambar2 baby Amni dengan saudara2 & sahabat2 di dinding Cik Puan Muka Buku & blog, bukan untuk meraih simpati, jauh sekali minta dikasihani (sama je kot). Cukup doa yang berpanjangan dari semua untuk baby Amni & sokongan moral untuk kami sekeluarga, buat kami lebih kuat menghadapi hari2 mendatang. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, insyaAllah.




"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...