PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Rabu, 24 April 2013

Bila Mama Jadi SUPERMAK!




Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Memang sesekali tak dapat dinafikan, hati akan timbul rasa cemburu melhatkan kejayaan dan kesenangan rakan2 lain. Tapi demi anak2, RA pendamkan saja keinginan untuk berkerjaya memandangkan surirumah juga adalah satu kerjaya kan. Okay! Pandang dari sudut positif! Sebagai surirumah sepenuh masa, bermakna 24 jam juga RA ada di rumah bersama anak2. Membesar dan mendidik mereka tanpa rasa risau dan bimbang. Andai ada lebam atau luka, RA tahu siapa yang buat dan kalau RA tak tau pun, yang pasti bukan orang lain yang buat..heheh

Yup, pada RA memang agak mencabar ada anak kembar ni. Semuanya, segala dan serba serbinya jadi berganda. Tak tau lah pada mummy kembar yang lain, mungkin mudah pada mereka.. tapi seriously agak mencabar buat RA.

Seawal pagi, RA akan siapkan KA Jr nak ke sekolah. Biasanya waktu ni jugalah si kembar akan bangun. Sambil menyiapkan sarapan, menyiapkan KA Jr, RA layan si kembar. Mujur Mr KA rajin mandikan si kembar. Selesai satu situasi huru hara di pagi hari bila Mr KA dan KA Jr dah selamat ke destinasi masing2. Jadi sekarang tinggal kami bertiga dan masa untuk sarapan. Selesai sarapan, si kembar main2 dan RA akan ke dapur.

Segalanya mudah bila jam 9.30 - 10.00 pagi si kembar elok tidur. Itu fasa yang mudah. Tangan kiri buai Amni dan sebelah lagi buai Afnan. (sebenarnya syarat diorang dapat merasa tangan RA pada badan diorang. Tak perlu buai pun sebab masing2 ada pengejut elektrik!) Oh ya, bercerita tentang buai, ramai kenalan RA yang ada baby kata,elok biasakan baby tidur tanpa buai. Mudah untuk baby yang senang tidur. Situasi RA pula, sorang2 menjaga si kembar dan abang yang tengah nakal dan lasak, RA amat memerlukan bantuan buaian. Tapi sekarang, dah besar2 ni (bkn baby lagi), lepas diorang dah tidur lena, dah tak perlu enjut dah. Susah atau tak, bila ke mana-mana, bermalam di suatu tempat, buaian wajib dibawa, sekurang2nya satu. Tak apa lah bila orang kata nampak susah bila terpaksa 'hangkut' benda2 tu. Tapi tak buat RA, insyaAllah...

Cabaran lain, bila anak2 demam. Lebih mencabar bila si ayah pun join demam. Tambah lagi mencabar bila si emak pula yang demam. Tapi RA sedar, cabaran sebegini, bukan RA atau ibu2 si kembar saja yang lalui. Ibu2 lain juga melalui cabaran dan pengalaman yang sama. Cuma yang membezakan, sekuat dan setabah mana fizikal dan mental kita bersedia berhadapan dengan situasi2 ni. So, tabahkan hati melalui semua ini ye ibu2 yang lain. Semuanya demi anak2 yang tersayang, harta kita dunia akhirat. 




"SEMUANYA KERANA ALLAH" 
RA 2013


Selasa, 16 April 2013

Macam2 cerita mereka..


Alhamdulillah.. Amni tunjukkan lagi perkembangan dan kemajuan dia.. walaupun sesekali je, itu dah buat RA senyum lagi. Malam tadi, balik dari kampung, RA letakkan beg pampers dalam kedudukan menegak dan tersandar ke dinding. RA ke dapur sekejap dan bila ke depan tengok Amni dah berdiri kat pampers tu! Syukur sangat2, dia dah boleh menyokong 60% badan dia. Tak sabar nak tengok dia mula berdiri tegak dan melangkah sendiri, memandangkan Afnan dah boleh memanjat dan berlari..






Amni dan Afnan pun dah pandai main bersama. Afnan suka mengagah Amni dan main cak2.. Dan jelas, Amni boleh respon apa yang Afnan buat kat dia. Dengan kata lain, Amni peka pada keadaan sekeliling dan bukan hidup dalam dunia dia sendiri. Bukan apa, bila bawak si kembar ni buat check up di klinik, nurse selalu anggap, Amni kurang respon pada sekitarnya, kurang pendengaran dan penglihatan. (aduh, baru teringat. Appointment untuk Amni buat hearing sound dan eye assessment  tak ambik lagi kat hkl!!!) Amni pun dah buktikan, sekarang ni dialah kaki tv kat rumah selain mamanya! Afnan pun tak layan sangat tv melainkan ada upin ipin..

Oh ya cerita pasal Afnan, dia dah pandai sebut 'yayah', 'bapak' (panggilan utk abg RA) dan 'kakak'. Mama? Tunggu la dia menangis, baru dia panggil 'mama'. Bila berulangkali suruh sebut mama, dia tetap akan sebut ' yayah' sambil gelak2. Dia pun dah pandai nak sakat mama ye...

Cuma yang membimbangkan RA berat badan si kembar yang tak memberangsangkan dan bulan lepas, tak naik langsung! Afnan masih 8.3kg, Amni pulak 6.3kg. Carta BMI dah menurun ke warna kuning, hampir2 menjunak ke warna merah dan tiap bulan dirujuk kepada Pakar Pemakanan. Ye la, kadang2 jeles gak tengok anak orang lain debab2 belaka. Anak2 RA macam tak cukup makan! Ish, mana boleh tak cukup makan. Kat rumah ni, sentiasa mengunyah. Makan nasi macam biasa gak. Mama pun dah makan banyak2, pun tak naik. Sebab tu anak2 tak naik gak kot, faktor genetik???? Tak apa lah, janji anak2 mama sihat ye..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...