PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 26 November 2012

Nyaris Tangguh Lagi!!!



Astaghfirullahal 'azhim... 
Nyaris2 terlepas lagi appoinment si twin kat Klinik Kesihatan TTDI hari ni. RA boleh pulak baring2 sambil layan Afnan menyusu dan buaikan Amni. Tiba2 teringat hari ni ada appointment untuk jumpa doc dan injection MMR 1 tahun. Tengok jam dah pukul 8.30am. Apalagi, menggelabah la mandikan Afnan dan mengejutkan Mr. KA yang sambung tidur di bilik sebelah. Siap mandikan budak2 ni, jam 9am gerak ke KK TTDI. Sampai sana, nurse semua pelik sebab biasanya muka RA ni lah yang pertama masuk ke klinik, jam 7.30am.


Selesai konsultasi dengan staff nurse Zorina Bakar, bawak budak2 ni jumpa doc pulak. RA refer balik nasihat staff nurse untuk tanya doc tentang alahan Amni pada kuning telur (egg yolk). Memandangkan hari ni diorang nak kena cucuk MMR (salah satu bahan adalah egg yolk), doc terpaksa bertanya dulu pada doc pakar di HKL. Nampaknya hari ni cuma Afnan je la yang kena cucuk. Untuk Amni, RA kena refer pada doc pakar di Pediatrik.

:: gambar sekadar hiasan ..heheh ::

Afnan lak, masa kena cucuk, dia menjerit. Pastu terus senyap. Yezzaaaa, anak mama memang anak yang kuat. Dari baby lagi, dapat 1st injection, menjerit masa cucuk jarum je, tak menangis pun, pastu dia cool balik... Dia menangis bila dengar orang tinggi suara kat dia je...

Tak apa ye Amni, untuk kebaikan Amni, mama & ayah akan buat apa saja. Yang penting, Amni sihat macam biasa...insyaAllah

:: my princess ::



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012


Ahad, 25 November 2012

HAPPY BIRTHDAY BI!


"Selamat hari lahir wat hubby terchenta, Abu Khalif Akhyar..
smoga bi dipanjang usia,dimurahkan rzki n dikurniakan kesihatan buat terus 
b'bakti utk agama, jga agar dpt trus melimpahkan kasih syg buat ayg n anak2..
jom,celebrate ktne? Ayg belanja,bi byr k? Hahah.. ♥ ♥ ♥"

wish untuk Mr KA di FB, simple je. Hari ni kali ke-13 RA wish besday untuk Mr. KA..Haaa, moh kira dah berapa tahun tu... Syukur alhamdulillah, DIA masih lagi meminjamkan nyawa untuk kami merasai perasaan menyayangi dan disayangi... umur dah makin bertambah, anak pun bertambah, maka tanggungjawab pun bertambah. 

Celebrate? Kat rumah je. RA belanja, Mr. KA la bayar! Dia balik dari beli hardisk laptop, bawak sekali dua kotak pizza... excited si KA Jr nampak dua kotak pizza tu. 
Nah hambek, 2pcs large pizza...makan sampai lebammmm!

:: posing dulu sebelum makan ::

Apalagi, jom makan! Bismillaahirrahmaanirrahiim...



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012


Isnin, 19 November 2012

(Kronologi) Alkisah Penyatuan 2 Jiwa #3







Jumaat 16/11/12 
Kami konvoi 4 kereta menuju ke Kota Tinggi, rumah kekanda Halijah untuk kenduri sambut menantu di sana keesokannya. Kami adik beradik semua berkumpul untuk sama2 meraikan hari bahagia anak saudara kami tu.


:: auntie2 & kazen2 yang memeriahkan majlis :: 
:: emak pengantin lelaki ::
:: orang kuat persiapan hidangan pengantin ::




SABTU 17/11/12

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR TWIN BABY! 
Mama sayang anak2 mama ni, termasuk gak KA Jr mama yang sorang ni. Birthday diorang tak sempat nak celebrate memandangkan hari ni sangat la sibuk dengan majlis kenduri. Maka, majlis celebrate akan dipostpone ke hari yang akan ditetapkan kemudian, insyaAllah.



AHAD 18/11/12
Siap2 sarapan, kami bersiap2 untuk bergerak balik ke destinasi masing2. Yang pastinya tetap dengan konvoi, 5 buah kereta menuju ke arah utara. Kami singgah dulu di Bandar Kluang, Selera Mahida jadi sasaran wajib tiap kali ke Selatan (singgah atas niat nak berziarah). Alhamdulillah, rezeki lagi. Terima kasih kepada abang Mahat (adik arwah abang ipar RA) dengan makanan yang sedap2 tu...





Lebih kurang jam 4.30pm, kami sampai ke perhentian terakhir sebelum berpecah ke destinasi masing2 ; Putrajaya, Semenyih, Ampang, Damansara & Sabak Bernam iaitu RnR Beranang (via hiway LEKAS) - (mengelak traffic jam yang teruk di hiway PLUS, kami exit di Senawang).



Alhamdulillah, masing2 selamat sampai ke destinasi. Terima kasih semua yang menjayakan konvoi & kenduri ni...2 minggu lagi kita kenduri lagi ye...



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012





Jumaat, 16 November 2012

(Kronologi) Amni & Sessi Terapi #3




Pagi2 lagi kami dah bersiap untuk bawa Amni menjalani sessi Fisioterapinya di Pediatrik HKL.  Sampai di Unit Fisioterapi, seorang Therapist & 2 orang pelatih praktikal menanti... Layan gambar je la eh...

:: warm-up dengan ayah & Afnan ::
  

 










Seronok sangat tengok progress yang Amni tunjukkan. Walau menangis sebab kena paksa gak wat rutin2 tu, dia tetap buat & at the end, dia mampu berdiri walaupun sekejap! Syukur pada-Mu Ya Allah...


"SEMUA KERANA ALLAH"
RA 2012

Isnin, 12 November 2012

(Kronologi) Alkisah Penyatuan 2 Jiwa #2




Syukur pada-Nya, majlis 11/11/12 berjalan lancar. Perjalanan kami, keluarga dari sebelah ibu pengantin lelaki selamat sampai ke homestay di Senawang jam 11am dengan hujan agak lebat mengiringi sepanjang perjalanan. Tepat jam 12pm kami bersiap2 untuk mengiring pengantin ke rumah pengantin perempuan. 


:: pic sewaktu acara membatalkan air sembahyang ::
:: rombongan pengiring;
keluarga belah abah pengantin dari Johor ::

:: rombongan pengiring;
keluarga belah mak pengantin dari Selangor ::

:: raja sehari dengan bride & groom to be ::
### ihsan gambar dari Nurul Adilah Musran
 





:: makan2.. alhamdulillah, lauk sume sedap2 ::


:: BFF; Khalif Akhyar & Qaisara Batrisya ::


Kepada pasangan pengantin, cikgu Mohd Anuar Musran dan pasangannya
Azwin  (pemilik blog ini), ucu ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kuat & tabah melayari bahtera rumahtangga, saling tolak ansur & memahami, terima pasangan seadanya. Semoga kekal & bahagia hingga ke syurga, insyaAllah...


"SEMUA KERANA ALLAH"
R.A 2012



Jumaat, 9 November 2012

(Kronologi) Alkisah Penyatuan 2 Jiwa #1

Alkisahnya, hari ni kira permulaan cuti sekolah hujung tahun. Maka bermulalah pesta mengawan di saat musim2 hujan nih...heheh...tak senonoh betul ayat RA tu kan. Beginilah, musim orang kahwin... 

Dan insyaAllah hari ni, pagi ni lebih kurang jam 11 akan berlangsunglah majlis pernikahan anak sedara RA yang mak abahnya duk di Johor dan dia mengajar di Sarawak, Mohd Anuar dengan gadis pilihannya, cik Azwin Hamdan yang RA sendiri tak pernah jumpa lagi... Mana taknya, waktu mereka bertunang, RA sibuk dengan si twin yang masih kecik merah lagi masa tu..cuma sebagai moral supportnya, RA join rombongan pertunangan tu di pit stop Semenyih...hari ni, diorang nikah pun RA tak dapat join, almaklumlah, punya mr. asben yang sangat busy tu..heheh...maka, esok di hari kenduri jer la RA dapat join makan2 dan berkongsi kegembiraan. Aduh, boleh ke nak makan esok ni, ulser dalam mulut tengah dalam tahap kritikal ni...

Jom ar layan pic pertunangan tu sebelum RA dapat sumber gambar nikah diorang...


:: bakal adik ipar, bakal pengantin & bakal mar mertua ::
:: pengiring2 a.k.a supporter pihak lelaki ::
  

 



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
R.A 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...