PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 25 November 2013

Family Holiday 2013 ; LUMUT (2D1N)


Tahun lepas family outing ke Cameron Highland, tahun ni, akibat dari kekangan masa, maka outing yang dirancang hanya di hujung minggu. Tapi yang penting.... apa yang penting? Yang penting, seluruh family member dapat berkumpul. Agak rasa kurang juga tanpa kehadiran 4 hero kerana komitmen tugasan dan pelajaran, tak apa, kami yang lain wakilkan ye...heheh...

23hb November kami berkumpul di rumah mak abah. Kemudian konvoi 8 buah kereta bergerak ke Marina Cove Resort, Lumut. 






 Kami ambik 2 apartment 3 bilik dan 1 apartment 2 bilik. Kos? RM7++. Cukup sumbat sume family  member RA.. itupun, RA dan anak2 tdo depan tv kat hall...hahah... ok, rate ni untuk super peak season ye, cuti sekolah hujung tahun...harap maklum 

Dah check in, masing2 kepenatan. Rehat2 sekejap sebab waterpark kat bawah tu melambai2 la pulak. Anak2 pun dah bising (anak2 yg kecil & anak2 yang BESAR2).



\

:: Pemandangan dari bilik kami menginap ::


Nak masuk ke waterpark kena la bayar dulu. Untuk dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Tapi kami dapat diskaun 30% sebab menginap di situ..










Malam, seperti yang rancang, kami 'open table' makan bosa di Garden Horizon di Sri Manjung, lebih kurang 5km dari hotel. Kami dah order menu awal2, so sampai terus baca doa & makan!!!!

 

 :: acara makan-makan open 3 table ::






:: #1 meja bis boss ::

:: #2 meja ibu2 & bapak2 ::

:: #3 meja mak2 pak & budak2 ribena ::

Balik hotel, makan kek pulak. Meraikan mereka2 yang sambut birthday bulan November & Disember. 

Kak Ella 13/11, Amni-Afnan-Abg Tazo 17/11, 

Mr. KA 25/11, Dilla 10/12.

Abah lead bacaan doa selamat, kami aminkan... Ops, kek 1 lagi tu konon2nya untuk anniversary. Anniversary semua pasangan ok...


:: Meraikan hari lahir insan2 yang kami sayangi.
November & December babies.
Ada lagi 2 orang yang tak ada dalam gambar ::






Esoknya, aktiviti bebas sekitar hotel. Check out dan terus ke Lumut untuk shopping la pulak...haish korang nih...

 


 

 


 

Ok, sudah cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja....



Moral of the story? 

1) indahnya hidup berkeluarga...

2) indah lagi hidup berkeluarga, 
jika susah senang dikongsi bersama...

3) lagi sangat indah hidup berkeluarga, 
jika hidup kita tetap berlandaskan agama...

jom HIJRAH menjadi muslim yang lebih baik!

:: biar bona, sume ni 8 keto? poyos la kita ni eh ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
R.A 2013

















Selasa, 19 November 2013

Macam comel je.. Macam best je.. Macam iye je..

(posting tanpa gambar)

Alhamdulillah..
bestnya petang ni. RA rasa nak lompat2 je. 
Apa la yang best sangat tu sampai RA nak lompat2????
Sambil layan drama Filipina ni, sambil layan anak2 makan koko crunch. Tetiba tengok Amni ambik satu dan bawak ke mulut. Tapi sayang, mulut dah nganga koko crunch jatuh ke lantai. Dia lepaskan tak kena masa, belum sampai ke mulut dah dilepasnya.

Hah, itu je?!!!! Itu je dah boleh buat  RA rasa nak lompat2????!!!! Keterujaan apakah ini????
Dah tentu lah, apa saja yang Amni buat untuk pertama kali di usianya sekarang dah masuk 2 tahun, RA teruja 'giler'!!! Ok!!!! Hahahah...

Amni masih tak pandai nak gunakan tangannya menyuap makanan sendiri. Makan apa pun, biasanya Afnan lah yang banyak bantu RA, tolong suap makanan ke mulut Amni. Botol pun Afnan tolong pegangkan. Tapi tadi, tengok apa yang dia buat, bahagianya rasa hati.. Pegang botol pun baru dalam minggu ni dia pass..(pegang botol sambil duduk menyusu yang baru pass, pegang botol sambil baring dah lama dia pass..heheh)

Go my princess!!! Anak mama budak kuat. Tak apa lambat sayang, asalkan Amni nak mencuba & tak putus asa. Mencuba walau berapa kali pun bukanlah kegagalan sayang, sebab kegagalan yang sebenar adalah apabila kamu berhenti mencuba! Ceeewah, bermadah pulak mama ye...


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Ahad, 17 November 2013

HAPPY BIRTHDAY MY TWIN!!!



17.11.2011 - 17.11.2013

Alhamdulillah, genap 2 tahun usia anak2 mama hari ni. 
Selamat Hari Lahir sayang. Semoga kalian membesar menjadi anak2 yang soleh & solehah, berbakti kepada orang tua, taat pada perintah & meninggalkan laranganNya... Semoga kalian senantiasa bahagia di bawah lindungan & rahmatNya, amin....

 








"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Jumaat, 8 November 2013

Terhangat Di Pasaran!!

Alhamdulillah, diberi lagi udara hari ini untuk dinikmati... 
dikurniakan ilham untuk digunakan sebaiknya...
 dihadiahkan rezeki untuk dikongsi bersama...

Bisnes baru dari kami, AR MEDIA CREATIVE.

Button badge kami ada beberapa jenis

dgn size 58mm & 44mm :

1) pin
2) keychain biasa
3) keychain bercermin
4) fridge magnet











Jika ada yang berminat, boleh terus hubungi saya :


SMS @ WHATSAPP 019.371.5207


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
R.A 2013



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...