PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Sabtu, 22 Disember 2012

Langkah Pertama Khalil Afnan


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...Afnan mendapat langkah pertama dengan rasminya (rasmi la sangat...yer la, kira2nya langkah dia dengan penuh yakin tanpa pegang apa2 lah...hahah)..pada 6hb Disember 2012, kat rumah nenek kampung... 

 


  




Aduh, seronok betul dia dapat kaki...
Tapi semua gambar jadi tak clear sebab terlalu banyak gerakan...heheh...


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Khamis, 13 Disember 2012

Family Holiday 2012 ; Cameron Highland (3D2N)


Dah lama rasanya kami adik-beradik tak buat aktiviti outing beramai2 bawak mak abah jalan2 makan angin. Plan yang asalnya untuk outing dengan pasangan, terus merebak jadi family outing akibat dari kepantangan ahli keluarga RA mendengar offer nak berjalan. Ni kira meraikan 2 pasang pengantin ni la jugak. Jadi, sehari selepas majlis kenduri di Taman Melati, 9 Disember 2012 kami gerak ke Cameron Highland dengan konvoi 5 buah kereta. Perjalanan naik ke destinasi agak mencabar. Tour guide kami salah pilih jalan, ikut jalan Tapah yang penuh dengan tanah runtuh akibat dari hujan yang berterusan. Alhamdulillah, dengan izinNya kami selamat sampai walaupun abah dah mabuk, muntah2 beberapa minit sebelum sampai ke Ringlet. Sian kat abah...huhuhu....

Kami menginap di dua unit Lily Apartment Tanah Rata. Cukup selesa untuk kami seramai 28 orang (termasuk 6 kanak2 bawah 5thn). Mak aiiii, sejuk giler lah kat sini. Teramatlah bijak diri ini, bawak sweater dan stoking anak2 je. Untuk mak ayah tak ada. Ingatkan, tak lah sesejuk ni. Rasa macam duk dalam peti sejuk! 








Oleh kerana hari pertama tu masing2 kepenatan duk lama dalam kereta, maka duduk2 borak je la kat rumah, sementara tunggu nak makan malam sambil sessi beramah mesra dengan ahli keluarga baru kami yang 2 orang itu... 


  




  



Oh ya, urusan makan kami kat apartment tu senang je. TAPAU. Kalau rasa lapar lagi tengah malam sambil berselimut tu, boleh la rendam maggi... Sebelum tu kami dah collect duit untuk belanja makan 3H2M ni. Fuhh, sekali collect macam nak duk seminggu kat sini. Tak apa, ada lebih kita masuk tabung dana keluarga untuk trip akan datang pulak, insyaAllah.






"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013



Selasa, 4 Disember 2012

Gigi pertama Amni



Ada pulak pic gigi yang tersenyum ni... masuk ni jer la eh...sebab nak cerita pasal gigi pun...
Punyalah RA risaukan Amni yang tak tumbuh2 lagi giginya sedangkan Afnan dah tumbuh gigi pertamanya pada usia 8 bulan. Hari ni, usia Amni setahun 2 minggu, gigi pertama Amni dah muncul! Lega mama...heheh 

Afnan pulak, mentang2lah duk umah nenek yang lapang ni, semua tempat dia teroka. Pantang sliding door terbukak, hilang lah dia ke luar... Memang tak boleh leka jaga dia. Takpun, grill atau kerusi yang dipanjatnya. Aduh Afnan, penat mama kejar tau...jangan la laju2 sangat...


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Isnin, 3 Disember 2012

(Kronologi) Alkisah Penyatuan 2 Jiwa #4



30/11/12
Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan anak saudara RA, Syaerah (Ema), anak no 3 kepada kakak sulung RA di kampung. Majlis yang bermula selepas waktu Isyak, disaksikan penuh debaran sebab, yang menikahkan tu abang Ema sendiri, Ewan... Kami makcik2 & pakcik2 pun 'nebes' semacam saat2 Ewan memulakan upacara ijab qabul tu...  Semua lega bila saksi mengatakan sah selepas sekali lafaz...Bermakna sah lah juga, 3 orang anak saudara RA sudah berstatus isteri @ suami orang. 









:: Majlis kenduri 01/12/12 ::

Buat Pn Nursyaerah & En Farid, ucu doakan kalian berbahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel2, soleh & solehah... Moga kalian juga dapat mengharungi ombak badai dalam rumahtangga dengan baik & terus saling sayang menyayangi, insyaAllah...



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...