PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Rabu, 30 Januari 2013

School Outing




Pagi ni, awal2 lagi Khalif dah bangun. Tak pernah dalam sejarah, dia bangun mandi jam 6.30am! Dan tak semena2 jugak, si twins pun join de club, celik mata di kala kat luar tu masih gelap gelita. Anak2, tidurlah lagi...please...

...zzzzz...
...zzzzz...
...zzzzz...
...zzzzz...
...zzzzz...
.
.
.
.
.
yerla, yerla...nak bangun, bangunlah....

Sambil sibuk melayan twins baru bangun tidur, Khalif pun bersiap dengan uniform F1 maroon putih untuk tadika MAIWP.  Jam 7.15 dah turun dengan ayah. Tak lama kemudian, Mr KA call, "Hari ni Khalif kena pakai baju Melayu. Jap lagi balik tukar baju.". RA senyum sorang2. Hah, tu la, lama sangat cuti sekolah. Cuti rasmi + cuti sakit = tak dapat info. Tak sampai 3 minit, Khalif ketuk pintu bagi salam. Nasib baik ada baju raya yang dah elok2 RA ironkan dan gantung.. Sepantas kilat tukar baju, sepantas kilat gak la dia turun balik cari ayah yang tunggu kat bawah.

:: Ihsan gambar raya ::

Sebenarnya, pagi ni sekolah Khalif ada program sempena Maulidur Rasul di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Tak jauh mana pun, dalam 2km je dari sini. Tapi yang penting, ini pengalaman baru untuk Khalif dan kawan2nya. Semoga ada sesuatu yang dapat dia pelajari dari program ni. RA harap sangat dia dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang dia hadapi. 

Dan, pesan paling utama RA pada Khalif, "Jangan main lasak dan lari2 ye. Kang penat sakit dada, semput. Mama tak ada dekat nak tolong.".. Alahai anak, mainlah, jangan tak main. Dah namanya budak, main je la bila jumpe kawan. Lagi ditegah, lagi dia nak buat. Tapi perlu diperingatkan selalu. Kalau jadi apa2, mak ayah yang susah hati nanti. Kesian tengok keadaan dia bila dah semput.. Tak cukup udara dia nak sedut, tak cukup dada dia nak urut..huhu.. Semoga anakanda sentiasa di bawah lindungan-Nya, aminn....



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Selasa, 29 Januari 2013

Kembara klinik..kihkihkih


Keadaan anak2 yang masih tak sihat, buat RA tak senang duduk. Subuh tadi, Khalif batuk2 dan muntah. Amni pun batuk dan muntah kahak. Nampak gak dia sesak nafas dek kerana kahak yang banyak tu. Baring tak boleh nak lena, masuk buai dia menjerit, bagi susu dia mengamuk..akhirnya RA duduk bersandar dan peluk, barulah Amni lena kat bahu RA. Pagi tadi pulak, Afnan yang tengah sedap tidur, batuk dan muntah balik semua susu yang dia minum. Aduh, kesiannya anak2 mama..


Baru tadi, lepas zohor, kami bawa anak2 ke klinik Normah di Flora Damansara. Sebelum ni Mr KA pernah bawa Khalif ke klinik tu, doc bagi nebulizer. Bila doc tanya, RA confident kata anak2 dah tak demam, cuma batuk dan muntah2. Sekali doc ambik suhu Amni, 38 degree tuh, domam la tu... Doc kata tadi, Amni ada sedikit bunyi macam lelah. Apalagi, nebulizer juga lah. Mula2 dia ok, tenang. Separuh jalan dia dah mula bising dan tak mau diam. Sian, akhirnya kena bedung lepas lama tak kena bedung. Alhamdulillah, Afnan tak ada apa2. Doktor kata jangan risau tentang anak2 yang muntah tu. Tekak diorang gatal sebab batuk dan muntah tu salah satu cara diorang buang kahak.

 

RA tengok doc dan assistant dia pun dah pening. Setiap plastik ada nama masing2. 
Apa2pun, yang penting anak2 mama cepat sembuh ye...insyaAllah...



:: stok ubat anak2 ::

:: ubat Amni ::

:: ubat Khalif ::

:: ubat Afnan ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Sabtu, 26 Januari 2013

Demam lagi..


Haish, anak2 demam lagi.. Pembukanya, Afnan..demam on-off. Lepas makan ubat, elok. Kemudian panas balik. Pakej sebelum tu batuk dan selesema.. Tiap kali batuk, mesti muntah. Keluar balik susu dan apa yang dia makan. 2-3 hari gak macam tu keadaan dia.. Alhamdulillah, sekarang dah sihat dan ligat macam biasa.

Elok2 Afnan dah sihat, Khalif pulak yang dapat pakej tu. Mujur satu malam je. Tapi waktu yang sama, badan Amni pulak mula panas. Terus RA bagi ubat. Waktu malam memang susah nak lena. Hidung sumbat dan susah dia nak menyusu. Tambah merumitkan keadaan,RA pun dah terkena jangkitan virus2 tu..

Mujur ada Mr KA tolong sama layan dan urus anak2.. Hmm..baru tadi RA belek2 mulut Amni.Nak tengok kut ada ulser ke, fungus yang putih2 tu ke,sebab dia tak nak makan dan menyusu sampai miss b dah bengkak dan sakit. Sekali tengok2, belek2..ler,nak tumbuh gigi atas rupanya..gigi bawah baru sebatang yang tumbuh.. Alololo,sian Amni. Patutla dia tak nak makan dan menyusu.. Apa2pun, get well soon sayang..




"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Jumaat, 25 Januari 2013

SURPRISE!!!


Pagi2 3 hari lepas RA kalendar. Owh, 3 hari lagi besday kekanda Naz. Terus terfikir nak wat something yang  best utk dia.. Yang boleh wat dia senyum & RA pun gembira. Kekanda Naz ni ibarat mak no 2 RA. Beza umur kami 10 tahun dan hidup di KL ni, dialah tempat RA nak mengadu, bergosip & merangkap bankers bertauliah untuk RA...hihihi...

Ok, berbalik pada kisah harijadinya, RA plan dan kerah beloved bro Kawa Rider untuk drive mak dari kampung ke kl. Semua ni kanda Naz tak tau.. Sayang, abah (atas alasan yang biasa kami adik-beradik dengar...) dan Mr KA tak dapat join sebab malam tu dia ada meeting pulak. Kami gerak dari Ghufran jam 5.10 ptg dan keadaan jalan dah tentu2 jem sana sini. waktu orang balik kerja kot...sendiri mau ingatlah! Jadi, selepas majlis syura ditubuhkan, kami sepakat melalui Kerinchi Link, keluar seketika di Federal Hiway dan masuk semula ke Hiway Cheras (ntah apa nama hiway tu). Terus masuk ke hiway Sg. Besi dan kemudian exit di Bandar Putra Mahkota.. Lalu la depan tempat RA belajar zaman muda2 dulu, KISDAR yang sekarang dah upgrade jadi KUIS. Kemudian, keluar di simpang pekan Semenyih dari Semenyih Sentral menuju ke Taman Pelangi Semenyih.


:: yang duk berteleku kat dashboard tu navigator kitorang ::


:: banyak kenangan kat tempat ni, tempat menimba ilmu satu ketika dulu ::


 Sebelum sampai ke rumah kanda Naz, sempat singgah kejap di King's beli kek. Masuk Tesco tu pun dah melilau cari King's. Nak keluar pun, sempat gaduh dengan Khalif pintu mana yang patut dituju. Hahah, sekali keluar, dua2 salah sudah... nasib baik jumpa kereta Kawa Rider.




SURPRISE! Happy Birthday... DAH TUA! Ahaks.... Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan bahagia di samping keluarga terchenta...



Yang penting, anak2 yang seronok dapat spent masa dengan kazen diorang...





"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Khamis, 24 Januari 2013

:: TRIBUTE :: Al-Fatihah buat yang tiada



Ucapan Salam Maulidur Rasul bergema di mana2.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, 
kekasihNya yang dicintai dan dirindui.

Tahun ini, bertepatan dengan tarikh ini, genaplah 2 tahun pemergian arwah kekanda ipar, abah, abang, suami, anak, menantu yang disayangi. Kami sentiasa mengingatimu, dan sentiasa mendoakan agar dirimu ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa...

AL-FATIHAH


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Selasa, 22 Januari 2013

MMR tak jadi


Alkisah, dek kerana Amni ada alergik kuning telur (bg makan telur abis merah2 keliling mulut dan dia akan mula menggaru) cuma Afnan yang dapat suntikan MMR waktu usia memcecah setahun. Doktor Klinik Kesihatan rujuk Amni untuk dapatkan dos tu di Pediatrik..(hmm..sekali lagi kena menjengah tempat tu. Bukan apa, aura tempat tu buat kita yg tak sakit pun, boleh jadi sakit - bercakap melalui pengalaman, ok)

Jadi, hari ni kami terpaksa 'hangkut' anak2 menuju ke HKL jam 1.30 ptg. Atas sebab2 mendengar kata doktor Pediatrik sewaktu temujanji sebelum ni (Amni dapatkan suntikan MMR dan akan admit ke day-care unit untuk pantauan selama 4 jam! dan sebaiknya datang selepas tengahari), jadi dengan confident RA cakap kat Mr KA, "Ok, kitorg turun sini je. Bi tak perlu cari parking. Balik dulu dengan Khalif dan Afnan. Pas 4 jam, dalam 6 ptg kot, bi datang jemput ye. Apa2 hal, ayang call @ mesej.". Maka, baliklah hero2 RA dan RA terus masuk ke bilik rawatan.
Bila berlaku soal jawab dengan nurse, diorang dah mula buat muka pelik. "Nak ambik suntikan ni kena pagi. Day-care tak terima patient dah petang ni.". Ah sudah. RA cerita balik apa yang doktor pakar tu cakap. Lepas sorang, sorang lagi nurse masuk. Ish, rasa macam nak ambik je jarum yang dah tersedia dan cucuk je kat bontot diorg. Mana satu yang betul ni? "Maaf ye puan. Tunggu sekejap, kita tunggu dan tanya doktor dulu ye.". Dalam geram dan terpaksa, SENYUM je lah..


Tak lama kemudian, sorang doktor Cina datang dan bercakap dalam loghat Utara, "Maaf ye puan. Kalau nak mai cucuk untuk anak yang ada alergik, better datang pagi. Kita cucuk, kalau baby ok sepanjang 4 jam tak apa. Tapi kita takut, biasanya kalau ada effect 2 jam selepas cucuk, baby kena warded. Sekarang dah lewat. Maybe esok pagi?". Ish, rasa nak gigit je doktor tu. Ingat dekat ke kitorang ni nak ulang alik.. Adoi, apa lagi yang nak dikata. Ikutkan je la.. Banyak kali gak RA tegaskan, ikut kata doktor yang sebelum ni la.. Siapa yang salah? RA atau doktor????

Dengan berat hati, RA duduk kat penjuru klinik, call balik Mr KA. Dah habis cerita kat dia pasal apa yang doktor katakan tadi, RA tanya, "Bi kat mana dah tu?". "Ni baru sampai rumah.". RA boleh tanya pulak soalan bodoh2 alang, "Habis macamana ni ye?".. Heheh, sendiri mau ingatla ye.. "Macamana lagi? Ni nak gerak ambik ayang la ni..". Hahahahaha..lain kali jangan tanya 'macamana' lagi..

Dah banyak kali berlaku 'missunderstanding' a.k.a salah faham ni. Salah faham antara klinik kesihatan dengan pediatrik, sesama unit dalam pediatrik, malah sesama nurse dan doktor! (bukan nak complain, tapi RA berharap sangat ada penambahbaikan dari segi keefisyenan perkhidamatan diorang, since dari segi PR diorang dah nampak peningkatannya)..

p/s: MRI Amni dah setahun lebih pun tak dapat lg nih..please la..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Khamis, 17 Januari 2013

Cerita budak baru nak sekolah....


*posting tanpa gambar*


Alhamdulillah,arini da 2 minggu Khalif b'sekolah..so far tak ada masalah melainkan payah sikit nak bangun dan mandi pagi. Tiap kali balik sekolah,dia senang hati dan menyanyi2. Hari ni balik sekolah, tunjuk 7 jari. RA tanya dia, apa ada pada 7 tu? Dia jawab, "Ada tujuh ayat." hmmm.. kemudian dia sambung lagi, "turun di Mekah.".. Ok RA tau da. RA tanya dia balik. "Apa yang ada tujuh ayat & turun kat Mekah tu?".. Khalif tak tau la mama.. Aduh..

Ya, hari2 balik sekolah memang RA tanyakan apa yang dia belajar di sekolah. Itulah jawapannya. "tak tau".. Mungkin masih blur nak adapt macam2 yang dia belajar tu kot.. Baru tadi dia kata, cikgu pesan suruh pakai baju dan seluar sukan. RA tanya bila nak sukan? Lama dia diam, "Khalif tak tau la mama. Lupa nak tanya.". Hmm...tak apa lah, esok mama hantar, kita bawak bekal baju dan seluar sukan ye...

Sampai semalam, dia balik sekolah, ku tengok dia tak berstoking. "Mana stoking? Kenapa tak pakai stoking?". Dia jawab, "Cikgu kata senang nak pegi tandas.". Errr..ok. Kemudian, dia hulur plastik berisi underwearnya yang basah. "Ni kenapa pulak? Khalif kencing ke?". Dia geleng kepala. Musykil juga..klau t'kencing, RA tengok seluar yang dia pakai tu elok je. Tak basah dan tak ada bau. Banyak kali tanya,jawapan sama yang RA dapat..tak ada, tak tau..

Pagi tadi,sebelum ke klinik, hantar Khalif ke sekolah dulu. Mr KA temankan dia masuk. Tak lama Mr KA masuk kereta, "khalif t'berak semalam..".. Hmm..kisahnya.. Balik tadi RA tanya dia, kenapa sampai Khalif t'berak kat seluar? Selamba dia jawab, "Khalif tak tau pun mama... Konklusi RA senang je. Khalif bukan t'berak..tapi meminjam kata2 R2 rajalawak mega..bontot khalif suda 'bersin'..heheh..oh khalif..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Rabu, 16 Januari 2013

Klinik la pulak..


RA bangun pagi ni macam biasa. Siap mandi,solat,ke dapur masak air.. Kejut khalif dan bawak dia keluar dari bilik.. Sementara khalif nak warm up sambil tengok tv,RA sambung lagi tugas2 kt dapur. Sambil2 mulut bising duk suruh khalif mandi, Mr KA ku suruh cepat siap..Allahu Akbar, RA lupa lagi ada appointment lagi pagi ni, kat KK TTDI pulak! Apalagi, kalut la mandikan Khalif. Afnan pulak mandi dan akhir sekali kejut Amni (dgn penuh rasa b'salah & kesian) yg tengah lena dibuai mimpi dalam bilik..

Siap semua, kami hantar Khalif dulu ke sekolah. Kemudian baru ke KK TTDI. Dapatlah turn no 6 & 7. Yang bestnya check up kat TTDI ni, orang tak ramai. Biasanya, Kami dapat no 1 & 2.. Teori RA, ini kawasan orang kaya. Orang kaya bawak anak2 diorang check up kat klinik @ hospital private. Kita2 yang dalam kelas pendapatan sederhana ni, better ke klinik kerajaan. Dah tentu2 free & layanan pun tak kurangnya dari private (utk KK TTDI ni la).

Alhamdulillah..timbangan twins naik, walaupun sikit. Tapi bila tengok BMI, nurse masih tak puas hati. So, RA kena bagi twins makan lagi banyak! Tapi nurse tetap berlapik.."Tak pe, slow2. Diorang lahir prem kan.. Amni lak dysmorphism.. Tapi jangan sampai diorang kelaparan tak cukup makan dan kekurangan nutrisi.".. ok nurse...

:: BMI Afnan ::

:: BMI Amni ::



Satu lagi tugas 'getir' RA ialah rewind & remind appointment2 yang twins dapat kat pediatrik kelmarin & kena ulang cerita tentang pertemuan dengan doc pakar tu. Maafla nurse, RA ni ada anemia, kurang darah nak pam oksigen ke otak. So, ingatan RA pun tak sekuat orang yang OK. Maka, RA kena la bukak balik kitab2 rujukan nak tgk balik date2 yang dah termaktub. Itulah rutin RA tiap kali bawak twins check up.

Hari ni pun dapatla jugak vitamin untuk twins.. Nak hambek kau..hahah

:: Stok sebulan untuk dua orang ::

:: Budak sorang ni dah dapat kaki... ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Cuba try test..

Hello3x! RA b'siaran secara mobile ni. Baru download & install aplikasi Blogger ni kat handphone.. Semoga kita sama2 dapat manfaat & menggunakannya untuk wasilah kebaikan, insyaAllah..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Selasa, 15 Januari 2013

Ke HKL lagi...


Semalam appointment Amni dengan doc utk CCA nya tu. Afnan pun menyelit gak untuk ambik result screening darah aritu. Appointment yang dibagi jam 2.30pm. Kami gerak dari rumah jam 1.15pm dan sampai ke Pediatrik jam 1.30pm. Ambik nombor untuk daftar, dapat nombor untuk masuk bilik doc, siap timbang dan ukur, maka duk melangutlah kami menunggu turn. Akhirnya, jam 3.10pm barulah nombor Amni dipanggil. 

Mengikut doc tu, mental & physical development progress Amni agak delay 6-7 bulan ke belakang. Usianya 14 bulan sekarang dengan berat cuma 6kg! Jauh beza dari Afnan yang sekarang dah lebih 8kg. Bila berdiri, Amni macam adik je kat Afnan. Kalau keluar, mesti orang sangka RA ada kembar tahun! RA tak hairan sangat sebab doc pun diagnosed Amni ada DYSMORPHISM. apo bondo tu? nih dah ku tanya pokcik google dan mokcik wiki;

infants are born with a congenital defect, many are associated with a degree of developmental disability; genetic disorders and birth defects...

Maksudnya, ciri-ciri keberlainan @ ketidaksempurnaan kejadian / struktur 
fizikal kanak-kanak secara semulajadi.

Baik CCA @ Dysmorphism, semuanya masih belum 100% sebab result MRI yang Amni buat lebih SETAHUN (!) yang lepas masih tak dapat lagi. Buat kerja gila betul la HKL ni. Dibuatnya hilang result tu, tak ke Amni kena buat lagi sekali prosedur tu. Kalau senang tak apa gak. Sebelum prosedur, Amni kena warded, tangan kena cucuk jarum drip (cucuk je dulu, air belum masuk lagi), kemudian, kena puasa 6 jam (kalau tak silap sbb da lama sangat). Start puasa, baru start masuk air. Tahan la rengek tangis dia nak susu... Setengah jam sebelum prosedur, Amni kena ambik sedatif pulak, sebab dia langsung tak boleh bergerak sepanjang setengah jam prosedur. Dah, nak ke tempat yang buat MRI tu, kena naik ambulan dari pediatrik ke bangunan lain... Tak apa Amni, demi Amni mama kuatkan jugak sayang...



Hmmm...banyaknya next appointment Amni! Jumpa doc CCA semula dalam masa 6 bulan, appointment dengan pakar genetik (untuk Dsymorphism), buat audio-visual test (hearing & eye test), cucuk MMR untuk bayi setahun (Afnan da cucuk kat klinik. Amni kena ambik kat pediatrik dan kena admit kat day-care, doc pantau untuk 4 jam lepas cucuk MMR sebab Amni alergik pada egg yolk), ambik darah Khalif dan Amni untuk screening Thalasemia.. (macamana la boleh tertinggal budak 2 orang ni, Afnan da lepas da...)...tu tak termasuk appointment untuk fisioterapi dan terapi cara kerja lagi tu... Ya Allah, berilah kami kekuatan dan badan yang sihat demi anak2 tercinta ni...amin...

:: surat2 rujukan, borang darah... ::

InsyaAllah, selagi ayah dan mama ada umur dan rezeki, akan kami kerahkan kudrat supaya kami dapat lihat Amni dapat membesar macamana anak2 normal yang lain membesar. Amni jangan risau, Amni ada ayah, mama, abang Khalif, Afnan, nenek, wan, atok2, makcik2, pakcik2...malah ramai lagi kat luar sana yang akan support Amni! Go girl! 


'SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013




Selasa, 1 Januari 2013

Video - Twins dah setahun!


SELAMAT HARI LAHIR 

yang pertama buat twins yang mama sayangi. 
(17/11/2012)
Moga kalian membesar sebagai insan cemerlang dan berbakti, 
anak yang soleh dan solehah, 
hamba yang beriman dan bertaqwa..
aminn..




SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...