PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Sabtu, 23 Julai 2011

Video - Taubat Seorang Hamba (Irsyadee ft Hafiz Hamidon)




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2011

Selasa, 5 Julai 2011

Video - Takdir (Opick ft Melly Goeslaw)



Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2011

Ahad, 3 Julai 2011

...yang tak di sangka2!

Awal subuh tadi, tepat jam 4am RA terjaga. Macam biasa, tengok jam handphone masih awal sedangkan RA setkan alarm jam 6am. Hmm...masih boleh RA lelapkan mata buat seketika lagi. Pusing kanan, pusing kiri, lengan kanan di dahi, bertukar pula lengan kiri... baring berbantalkan lengan... semua serba tak kena.


Tanpa dirancang, kepala otak RA ligat berfikir. Bukan memikirkan tentang dunia nyata, sarapan apa nak dihidang untuk pagi nanti, bukan juga sama ada baju Mr. KA dah diiron atau belum, tetapi bayangan jalan cerita untuk cerpen RA seterusnya. Bak bayangan hologram yang silih berganti dalam movie Minority Report, dari
awal bagaimana watak bermula, kemudian berkembang menjadi konflik dan penyudah setiap watak. Hanya itu yang terulang-ulang dalam kotak fikir RA. Jam 5am, RA masih tak dapat lelapkan mata. Terkebil-kebil sendirian sambil menunggu bacaan tarhim di masjid.


Selesai azan Subuh, terus RA berwudhu' dan solat Subuh. Selesai urusan denganNya, terus RA bawa laptop ke atas katil. Bermula dengan menaip nama dan perwatakan, ambil mood dan feeling, plot cerita yang sedang elok masak ranum dalam minda dek
kesegaran waktu subuh, tercipta dan tersusun cantik di skrin laptop. Idea yang keluar dan terzahir di skrin bagaikan air yang mencurah-curah, tak tertahan-tahan!!!


Mr. KA pula keluar awal pagi ni, pergi mengajar dan terus menyertai seminar sehingga tengahari. Mujur juga KA Jr. tak banyak mengganggu urusan RA dengan minda yang amat bekerja keras hari ini. RA berikan dia satu lagi laptop dan biarkan dia melayari laman-laman pendidikan kegemarannya.

Fuhhh...memang puas hati. Sambil menulis, sambil melayan anak yang selera makannya sedang memuncak. Berhenti seketika untuk solat Zohor, berehat sekadar meluruskan tulang belakang yang mula terasa penat dan lenguh, RA menyambung semula kerja menulis sehingga sempurna sampai ke plot terakhir, jam dah pun menunjukkan jam 3.30pm. Pheww... akhirnya, satu lagi cerpen RA siap sepenuhnya dalam masa 9 jam. Lepas ni, bila RA baca sekali lagi, masih perlu touch-up. TAk apa, kita minum dulu! Syukur alhamdulillah...

Jarang sekali RA dapat merasai keterujaan menulis sepertimana yang RA rasai sepanjang hari ni. Syukur padaNya, mempermudahkan RA untuk menghasilkan karya positif yang sepatutnya ada dalam watak kita di alam nyata. RA tak berani mengatakan karya RA berunsur dakwah atau Islami, namun RA percaya, unsur-unsur yang ada dalam perjalanan watak yang dicipta, mampu memberi kesan yang baik buat mereka yang membaca dan menghayatinya.

RA sedar, RA bukan seorang yang berani berhadapan dengan semua orang. Mungkin ini salah satu cara untuk RA berkongsi dan mencurah rasa hati. Siapa yang tak inginkan sesuatu yang baik dan terbaik untuk dirinya kan? RA juga menganggap, apa yang RA tulis adalah antara impian setiap umat manusia, yang inginkan kegembiraan, kebahagiaan, rasa sayang dan disayangi dan akhir sekali, berada dekat dengan sang Pencipta, itulah tangga nikmat yang teratas.

Syukur sekali lagi kepadaMu Tuhan. InsyaAllah, jika diizinkanNya, RA ingin terus berkarya untuk sama-sama berkongsi impian, dan BUKAN KERNA NAMA semata-mata...Amin.

Wallahua'lam
RA.11
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...