PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan
Memaparkan catatan dengan label Khalil Afnan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalil Afnan. Papar semua catatan

Isnin, 17 November 2014

Today Is Your Day!


HAPPY 3RD BIRTHDAY 
MY DUOS AMNI-AFNAN !!!
------------------------------------------------------


Hari ni hari lahir twin RA, 
gandingan mantop Khalili Amni & Khalil Afnan.
Mantop tang mana? 
Mantop tang buli mama siang malam..
Amni shift malam, Afnan shift siang..
Harap maklum :)

Apa2 pun, syukur alhamdulillah...
Masih dipinjamkan-Nya usia untuk melihat
mereka membesar,
menginjak ke usia 3 tahun.


Si adik, Afnan,
membesar bagai Juara!
Alhamdulillah, seperti kanak2 normal lain, berlari, 
bermain, bercakap (walaupun masih pelat 
dan kadang2 mengarut). Mula mengenal huruf jawi dan 
rumi, belajar solat, doa2, menyanyi sorang2 dengan
bahasa yang dia je faham..heheh...


 


Si kakak, Amni, 
alhamdulillah juga membesar bagai Juara
walaupun badan tak besar mana..
Buat masa ni masih tak berani nak berjalan
sendiri tanpa dipimpin dan kadang2 'malas'
nak berjalan bila dipimpin.

Tetap tiada butir kata..yer la, RA pun dah terima 
kenyataan, macam yang doc genetik kata aritu, 
even Amni di refer untuk speech therapy,
tak ada jaminan dia akan mampu berkata2.

Tapi, setiap hari RA akan bercakap dan cuba ajar Amni
bercakap dan mengeluarkan bunyi.
Kadang2 tengok dia menyengih bila diajar,
rasa macam nak tarik je lidah dia tu bagi bekerja...
hihi...geram sayang...

Oh ya, ramai lagi yang bertanya, kenapa dengan Amni?
Kronologinya boleh baca di sini.

Perkembangan fizikal dan mental Amni 
tak secepat dan setepat anak2 seusianya. 
Kenapa membabitkan physical progress?

Tapi di usia 3 tahun ni, banyak
perkembangan positif yang RA lihat.
Dia dah boleh geng dan bermain sama2 dengan
abang Khalif dan Afnan.
Ke mana Khalif dan Afnan berlari, 
dia akan mengekor walaupun hanya dengan 
merangkak. 

 

 

Dia juga mampu menyusun dan memadan 
ketika bermain lego dan permainan lain. RA cakap 
pada Mr KA, RAM Amni dah upgrade 8GB..hihi..

Nampak je badan kecik, tapi dialah yang paling
kuat makan. Ntah bila dia rasa kenyang ntah...

Alhamdulillah,
apa2 pun RA bersyukur anak2
tetap dalam kondisi sihat dan tak perlu bergantung 
kepada ubat2an. 

Semoga Allah terus beri kekuatan untuk kita
hadapi kehidupan yang mendatang...
insyaAllah.



"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2014

Ahad, 17 November 2013

HAPPY BIRTHDAY MY TWIN!!!



17.11.2011 - 17.11.2013

Alhamdulillah, genap 2 tahun usia anak2 mama hari ni. 
Selamat Hari Lahir sayang. Semoga kalian membesar menjadi anak2 yang soleh & solehah, berbakti kepada orang tua, taat pada perintah & meninggalkan laranganNya... Semoga kalian senantiasa bahagia di bawah lindungan & rahmatNya, amin....

 








"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Sabtu, 17 Disember 2011

Kelahiran yang dinanti...

SYUKUR ALHAMDULILLAH... 
tarikh 17 November 2011 tepat jam 12.35pm, RA selamat melahirkan baby yang dinanti2. Bukan seorang, tapi 2 orang...baby girl (2.05kg) lahir jam 12.35pm dan baby boy (2.4kg) lahir jam 12.38pm melalui pembedahan Cesarean 
di Hospital Kuala Lumpur.

:: imej dari ultrasound bulan ke-4 ::


Tapi, baby g
irl terpaksa terus di bawa ke NICU HKL, berikutan beberapa masalah padanya yang dari awal kehamilan RA dapat dikesan. 2 hari RA di wad bersalin, RA & baby boy dibenarkan discaj tanpa baby girl.



:: baby Khalili Amni di NICU
- gambar curi sbb kamera tak dibenarkan ::

:: baby Khalil Afnan di wad bersama RA ::


Hari ke-7, RA sekali lagi dipanggil ke HKL untuk admit ke KK8 Institut Pediatrik bagi menemani baby Amni untuk pemantauan sebelum dibenarkan discaj. Jadi, RA ke sana membawa baby Afnan sekali. Apa saja untukmu, anak2 ku... Sebelum tu, baby Amni sudah pun melalui ujian ultrasound & didiagnosis dengan



:: pertama kali dipertemukan di wad KK8 ::

:: aksi2 si kembar yang baru bertemu ::



:: kami dah ready nak balik rumah selepas 3 hari admit KK8...yeay! ::



:: abang long KA Jr. excited dapat 2 orang adik sekali gus ::




Doakan kesejahteraan & kesihatan si kembar
berpanjangan...amin



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...