PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Jumaat, 19 September 2014

Famili Holiday 2014 ; Kuala Terengganu (3H2M)


Alhamdulillah...

2 minggu lepas, 13hb-15hb September, kami dapat merealisasikan rancangan percutian tahunan keluarga ke Kuala Terengganu pulak... 
Terpaksa kami tinggalkan mak abah walaupun asalnya kami dah cancel percutian ni sebab abah menjalani pembedahan membuang katarak dan menggantikan kanta mata. Mak berkeras supaya kami teruskan juga perancangan yang dah kami rangka sejak awal tahun lagi.

Yang tak dapat join lg...kanda Gmie (happy birthday bro!) dan isteri terchenta, kak ella, dina (happy birthday kak ngah!) dan fawaz..next time kita plan sume ade eh..insyaAllah



Jadi, 13hb jam 9am 5 kereta start konvoi. 1 kereta dari sabak, 1 kereta dari b.b salak tinggi, 1 kereta dari wangsa maju, 1 kereta dari damansara, 1 kereta dari semenyih. 2 kereta dari arah selatan menyusur jalan mersing ke kuala terengganu.


:: meeting tepi jalan...pun boleh... ::

Macam biasalah, perjalanan konvoi tak semudah dan secepat perjalanan sendiri. Asal ada hentian, berhenti. Asal ada yang tertinggal, berhenti juga. Akhirnya, lebih kurang jam 4pm kami sampai ke destinasi. Kami menginap di Harmony Inn Gong Badak. Highly recommended untuk keluarga besar yang bercuti di sini (RA tak ada kepentingan apa2 ye)...ada 12 buah bilik, dengan setiap satu disediakan bilik air sendiri. 4 bilik besar berkedudukan di hadapan dan tgh, bilik airnya ada di bahagian dapur, tapi jangan risau, bilik air pun ada nombor bilik masing2. ini bermakna, kita takkan berkongsi bilik air dgn org lain.







Kami? Mula2 masuk time nak pilih bilik masing2 pun dah macam kena tsunami. Ada 2 bilik yang tiada dilengkapi aircond (pilihan utk mereka yang tak suka guna aircond). Tapi, tetap selesa dan bersih.

Dapurnya luas, tersedia dapur, meja makan, pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur yang lain. Bebas nak memasak apapun...

Plan pertama petang tu, pastilah berehat puas2 sambil menanti konvoi dari Selatan yang tak muncul tiba. Santapan kami, lauk2 yang kami dah bahagi2kan tugasan lebih awal dan bawa dari rumah. Ada gak yang basi dek perjalanan jauh ni. Tak apa lah, tak ada rezeki...

Lepas solat Maghrib berjamaah, barulah konvoi dari Selatan sampai. So, malam kami rehat puas2, sambil adakan aktiviti borak2 sampai lebam. Kami 5 beradik 1 kumpulan, suami masing2 satu kumpulan, anak2 buah perempuan 1 kumpulan, anak2 buah lelaki 1 kumpulan, anak2 buah yg kecik2 dan cucu2 1 kumpulan. heheh...mcm nak buat kumpulan nasyid pulak eh...sambil mengadap keropok lekor yang dah ditempah khas sebelum kami tiba dan kami goreng sendiri malam tu, makan panas2...yummyy...

:: Keropok lekor dgn special packaging.
Vacuum, bersih dan tahan lama ::

Sambil makan, kekanda Ibu Umi dan Mami Murni Nur serahkan surprise utk kami adik beradik dari mak dan abah. Sorang satu dapat envelope dgn tertera nama masing2. Apa dalamnya, biarlah rahsia...hahah...dan surprise lagi satu, towel mandi dengan sulam khas gathering kami ni. Syukur alhamdulillah, moga murah rezeki mak abah, moga murah rezeki kalian, moga murah rezeki kita semua, amiinnn....






Hari ke-2, aktiviti kami pagi2 dah tentulah breakfast dulu. Isi perut dengan nasi dagang terengganu dan nasi kerabu. Yang ni, dah kami order dan dihantar sendiri oleh tuan homestay. Siap breakfast, kami siap2 utk ke destinasi pertama, kami tuju ke Pasar Payang. Seingat RA, kali terakhir RA ke sini sewaktu rombongan sekolah form 4 kot...huhu...kali ni bawa anak 3 orang. 

:: pakat beratur panjang bayar tiket parking ::

Baru satu pusingan, Khalif Akhyar dah surrender. Yup, sedangkan kita yang dewasa ni dah rasa rimas dan kekurangan oksigen, apa lagi anak2 ni. Settle beli apa yang patut, kami anak beranak turun mencari udara segarrrr...pusing punya pusing akhirnya dapat port kedai makan belakang Nagoya, pekena air dan pisang goreng panas..sambil menanti masa yang ditetapkan kami berkumpul.




Dah siap mereka2 shopping, kami gerak ke Masjid Kristal untuk solat Zohor di situ. Selesai solat, posing2, meeting2 dulu sambil minum2..heeee






 



Dah siap meeting, google2 tempat makan..maka bermulalah misi food hunting kami. Bermula jam 2.30pm - 4.30pm baru kami dapat port di Teluk Ketapang. Kedai makan menarik dan tertarik sebab paling dekat dengan landasan kapal terbang. Tapi, servis di sini agak mengecewakan, masakan pun lagi sedap nasi goreng RA masak untuk anak2..sayang kami tak dapat makan di gerai pok nong di mengabang telipot...orang ramai derrrr...kami pong ramai..maka cancel la.

:: rehat2 sat tepi pantai depan pok nong sambil tgk
org beratur panjang. Penangan ICT ::

Balik ke homestay dengan ketidakpuashatian (boleh guna ke ayat tu?)..ada yang masih kelaparan. (Post-mortem; pasni make sure port mkn pun dah survey awal ye). Selesai Maghrib, ada yang makan roti, ada yang termenung. Nak keluar lagi dah malas, lagi2 tang nak bersiap. Maka, kami mkn mlm order je. Persatuan biras2 pi dating kat luar sambil take order. Malam ni selera western. Tapau 20 lebih set chicken chop + lamb chop + steak...(melampau mkn korang!) pic tak der sbb membaham dalam kelaparan. itupun lepas kepenatan melayan dancing2 ngan xbox kinect. mokcik2 penat gelakkan anak2 sedara berkinect je...mujur ruang tamu luas, dapat menampung anak2 buah yang lagi besar dari pakcik makcik mereka...hehehe..

Malam tu juga tuan homestay datang hantar keropok lekor vacuum dan kami sumbat masuk peti sejuk beku yang sedia ada kat situ. Phew, macam nak berniaga. Satu family je tak kurang 10 pack. belum lagi keropok losong...muahahah... dahsyat korang!

Esok pagi, breakfast cari sendiri. Tak susah, kedai makan byk keliling homestay ni. Nasi lomak berlauk ikan tongkol. Serius tak penah jumpe sblm ni. RA hadap bihun goreng je. Last minute meeting adik beradik, kami decide para suami duk rumah jaga anak2, isteri2 nak keluar kejap ke Desa Murni, mencari ole2 special utk mak abah tercinta. 

Fokus kami pada 15 minit pertama agak tersasar dek kerana rambang mata bila menjejak masuk ke Desa Murni. Mujur ada yang tegur, "Fokus2, ingat apa yg kita nak cari kat sini.."...heheh... Kami melangkah ke butik Desa Murni bersebelahan. Maaaakkkk aaaaiiii, kain 4 meter RM720! Tak pe, terima kasih, diluar kemampuan kami. Pusing2 akhirnya jumpa juga baju untuk mak abah. jeng jeng jeng...siap posing dulu sblm bayar.

:: agak2, boleh jadi duta Desa Murni tak? ::
Dari Desa Murni, kami singgah kejap di pasar payang. Entah apa lagi yang dicari...tapi bila dah masuk, mesti ada membeli juga. Janji ada fulusnya...heeeee..

Keluar dari pasar payang, matahari dah tegak atas kepala, maka kami decide beli lauk dan call mereka yang ada di rumah masak nasi. Dah jimat belanja kan...

Selesai makan, selesai berkemas, tuan homestay datang melawat, ucap selamat jalan pada kami. Bagus duk homestay ni. Kami datang dia sambut, kami balik dia ada gak. Siap pesan drive hati2. Macam dapat pesanan dari mak abah juga...And now, it's time to snap snap!





 






Ok, kami balik dulu ye Terengganu. InsyaAllah ada rezeki, kami sampai lg ke sini. Tahun depan kita pi mana plak???? Tunggu....

Kami berpecah mengikut haluan masing2 jam 3.45pm. Mr KA decide nak ikut jalan Marang, menyusur tepi pantai. Start meter dari homestay sampai ke hentian gambang, 265km..then RA sbg co-pilot take over drive sampai ghufran 260km...fuhhh..mencabar sungguh drive kat hiway LPT dan hiway Karak tu...tambah2 lg waktu malam...last RA drive kat situ 10thn lepas kot....huhu

Alhamdulillah selamat sampai ghufran tepat jam 12am...




"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...