PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalif's birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Khalili Amni - Khalil Afnan

twin's birthday

Lilypie Fourth Birthday tickers

Jumaat, 16 Oktober 2015

Meroti la kita..

Alhamdulillah, rezeki anak2 hari ni...
Mama merajinkan diri meroti..
1st time RA buat roti kategori menjadi ni..
Rutin biasa, RA mendonut..
Mendonut pulak 1kg tepung skali buat 
then RA wat frozen..
So bila2 anak request, terus goreng je..

Caranya lebih kurang sama je dgn cara buat donut..
RA xder resepi atau sukatan khusus sebab RA mai
 campak2 je bahan2 nya..
Ops, bkn sbb terer..
Tp RA mmg suka campak2..

Bahan2nya:
Tepung gandum
Susu segar
Mauripan
Gula
Marjerin

yang penting, uli kena lama sket, dlm 10-15 minit..
biar adunan tu melekit2..
tp hasilnya nanti maveles gebu gebasss..

Sebelum masuk kat oven, 
permukaan roti tu sapu la ngan susu segar sket..
Bila dah masak pulak, 
permukaan roti tu sapu ngan marjerin... 
Khalif order, sapu marjerin lebih, satu!!!





:: kaler mmg gitu tau sbb RA nak bagi garing ::



SEMUANYA KERANA ALLAH
RA 2015

Khamis, 17 September 2015

Outing Raya 2015 terus pi Mesir der..

Masih mood raya der..

1 September 2015, macam biasa aktiviti tahunan anak cucu Tok Mid, konvoi raya umah Ahli Mesyuarat Tertinggi area Lembah Kelang..heheh...tp mcm biasa juga, tanpa kehadiran kapten Tok Mid kami yang tersayang...

Bermula sesi sarapan di rumah RA jam 8.30 pagi, kemudian ke rumah anakanda Syaerah dan Farid di Wangsa Maju. Dah kenyang sesi ke -2 sarapan, kami gerak ke Ampang ke rumah terbuka kekanda dayang kami, kak Ella. Kemudian konvoi terus ke Semenyih untuk minum petang la pulak.. 


:: makan dengan omak den ::

:: bismillaahirrahmaanirrahiim ::

Siap makan, perut kenyang suka hati, kami gerak ke Kota Warisan, Sepang. Pegi sama2 dgn tuan rumah, tp kami tetamu sampai dulu, tuan rumah 'buat' kudapan di kedai daaaa... jadi kami penuhi dengan aktiviti riadah yang diketuai oleh anak2 tuan rumah...sekian..





 


Selesai 'mengudap' kudapan tuan rumah, kami terus gerak ke KLIA dengan 5 kereta. 2 kereta rehatttt...

 
:: aisey, amni besarnya nganga ::
:: mama lak tidooo ::












Selamat jalan ayah Mr KA.. kita jumpa sebulan lagi insyaAllah. Jaga diri elok2 kat sana ye.. selamat menuntut ilmu yang bermanfaat dan beri manfaat juga buat semua...










Syok la ayah Mr KA.. Next time bawak kitorg pulak tau..



SEMUANYA KERANA ALLAH
RA 2015

Rabu, 5 Ogos 2015

Family Outing 2015 ; Langkawi (3H2M)


Alhamdulillah, 
rancangan yang direncanakan berjalan lancar. Rehlah singkat untuk anak2 ke Langkawi akhirnya menjadi kenyataan.. (11-14 Jun 2015)

Kami gerak ke KL Sentral dengan bantuan adinda Najmuddin mengejar waktu pelepasan KTM jam 10.30 malam. Sampai di KL Sentral sempat juga duduk melepak memerhati orang lalu lalang di hadapan kami. Tengok muka anak2, masing2 excited termasuklah mak ayah sekali..heheh



Kami dah booking online KTM ETS dari KL Sentral ke Arau, Perlis dan dijangka perjalanan mengambil masa sehingga 10 jam. Jadi kami ambil 4 seat katil untuk keselesaan anak2. Satu katil abam Khalif, satu katil ayah dan Afnan, satu katil mama dan Amni dan satu katil lagi untuk beg2 kami. 



:: dah ready nak tdo da ni ::

Nasib baik la perjalanan waktu malam, anak2 xbanyak buat hal sebab dah mengantuk. Mula2 nak lena memang payah sebab bunyi agak bising lagi2 seat kami betul2 di hadapan koc dan pintu keluar masuk sentiasa dibuka dan ditutup di setiap hentian.

Jam 6 kami tiba di hentian Butterworth dan rehat selama setengah jam di situ. Sempatla ayah dan Khalif solat subuh di atas katil tempat beg tu tanpa terhoyong-hayang. 


:: kat luar tu matahari dah naik nak oooiiii... ::



:: kah3...mamai baru bgn tido.. tarik2 rambut ::

Perjalanan diteruskan dan kami selamat sampai di hentian Arau jam 8 pagi. Terus turun untuk dapatkan teksi ke Jeti Kuala Perlis, dalam keadaan separa sedar dan sedikit rimas sebab tak mandi lagi beb..


:: duk dalam feri, yg paling kecik tu la yg paling lasak ::

Tiket feri jam 10.45.
Sampai di Jeti Langkawi, ada driver dan dayang2 dah menanti..heheh… rehlah kami bukan kami satu famili je. Sebenarnya kami yang menumpang plan mak abah bercuti. Mak dan abah ada driver dan dayang yang bawa mereka dari kampung, kekanda happily ever after kami, abg Mie dan kak Ella. Diorang gerak dari kampung dalam jam 1 pagi dan tiba di Kuala Perlis jam 6 pagi.



Oleh kerana perut dah berbunyi sebab dah skip sarapan, maka kami tuju gerai makan dulu lah. Alhamdulillah, selesai makan, tunaikan pula kewajipan walau di mana berada. Dah hari Jumaat kan, solatlah Jumaat dulu yang lelaki2 tu. Kami dalam kereta menanti sambil lelapkan mata seketika.

Kami check-in Langkapuri Inn betul2 di Pantai Chenang. Beberapa langkah ke depan ada kedai runcit, farmasi dan kedai2 jual cenderamata la of course. Beberapa langkah ke belakang, pantai!!! Kami menginap di apartment tingkat atas dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik utama sangat besar ok! So kami sebilik dengan mak dan abah. Mak abah raja dan permaisuri kami, so diorang tidur atas katil la kan. Kami ada extra bed, tidur kat bawah sudah. Anak2 tidur lasak, kalau atas katil silap2 ada yang jatuh tgh2 mlm nanti.

:: model tangga a.k.a dayang senandung ::

:: ni master bedroom..besaqqq cheqqq ::
:: xpayah habaq, semua org tau..ni balkoni ::

:: kami duk umah yg atas tu, hat tepi sekali ::

:: cantek kannn...view kat pantai chenang ni ::


Plan kami hari ni? Makan sudah, kenyang sudah, solat sudah… Rehat dan tidur lah dulu. Cuaca petang ni hujan renyai dan sejuk. Agak petang dan redup, hujan pun dah reda kami turun ke pantai. Duduk2 sekejap hirup angin pantai, posing2 sikit dengan kak Ella dan mak, Mr. KA layan anak2 mandi, kami naik atas balik. Mandi dan bersiap2 untuk Maghrib dan pi cari makan.


:: bonda jadi pemerhati je ::
  



Pusing2 kami decide cari makan di pekan Kuah. Ape ntah nama restoran tu, tapi luas dan selesa. Menu dalam frame gambar…kau ado??? Alhamdulillah rezeki malam ni ada orang sponsor makan sedap! Terima kasih kak Ella dan abg Mie.. moga murah lg rezeki kalian, insyaAllah..


:: posing2 dulu sebelum makanan sampai ::


Esok paginya, kami sarapan di kafe hotel je. Kafe terbuka, dengan pemandangan pantai dan laut. Bestttt..


:: mkn tepi laut baq hang ::
Naik atas kejap, kami gerak ke Underwaterworld Langkawi yang cuma 1-2km dari hotel. Kami orang pertama sampai, cayala.. Kami masuk dengan tiket khas yang ada diskaun untuk kakitangan kerajaan. Kekanda 2 orang tu tak join masuk sebab honeymoon diorg yg terbaru aritu diorang da masuk. Ok, so kami bawa anak2 dan mak abah. Last RA masuk tahun 2005 dulu, sebelum kawen..hihi..





 

Dah puas tengok ikan la, penguin la…anak2 pun dah siap ‘membeli-belah’ poket mama ayah, kami terus gerak ke cable car pulak. Tapi masing2 dah setuju, kita jalan2 kt bawah je. Masing2 dah ada experience naik cable car dan naik ke puncak gunung. Cukup sekali seumur hidup.. So sampai sana kami jalan2 pusing2 shopping2 sket sebelum balik. Sebelum tu kami dah deal dgn satu company utk bawa kami pusing pulau (mangroove) ptg nanti. Yessszzzaaa…




:: tgk je la ye. mama xsanggup bwk korg masuk dlm mende alah tu ::

Sebelum balik hotel, isi perut dulu lah. Kami makan kat kedai makanan siam..kita tong2 dulu! Alhamdulillah
Siap solat, rehat lurus2kan tulang belakang, kami gerak ke jeti yang dijanjikan iaitu berdekatan dengan Galeria Perdana. Destinasi kami, KILIM GEOPARK.

:: Photographer pun nak join pose jugak... ::



Pusing2 pulau2, tgk helang, tgk pokok2, tengok langit, tengok air... puas tengok2 balik lah kami ke pangkal jalan...
Dari situ, kami terus ke Pekan Kuah, aktiviti membeli belah la pulak. Mana lg kalau bkn Hj Ismail Group kan...siap shopping, siap makan, balik ke hotel kita bersemayam utk malam terakhir.

Pagi ni cuaca tak berapa nak elok. Kami sarapan tepi pantai dengan angin dan ombak yang kuat. Sepanjang perjalanan ke airport, hujaaaaaaannn...

:: tunggu ayah check in beg, lepak dulu la ::


  


Kami menanti waktu nak berlepas, mak abah dan dayang2 sempat lagi pusing2 pulau sebelum diorg pun ke Jeti untuk kembali ke Kuala Perlis. 




:: urut2 dulu meh, tggu boarding ::

:: ada nampak gaya ibu mithali tgh
sesi bercerita kisah2 nabi tak? ::
        

 

Penutupnya, dari KLIA2 kami menggunakan khidmat KLIA Ekspress ke KL Sentral... 


:: sabaq tunggu train ye anak2 ::


..dan akhirnya menaiki teksi balik ke 'sarang' di Ghufran...

Alhamdulillah, seronok dan bahagia dapat menggembirakan anak2 dan mak abah. 

Mission Accomplished:
# Spend masa yg berkualiti dgn family.
# Melengkapkan percutian melalui 
jalan darat, air dan udara.
*anak2 biasa dgn comfort zone diorg (kereta). So kali ni berjaya bawa diorg merasai sedikit ketidakselesaan menggunakan pengangkutan awam. 
*berapa habis keseluruhan? tak kisahlah berapa. yang pasti, keseronokan dan kepuasan yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit!



"SEMUANYA KERANA ALLAH"


RA 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...