PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalif's birthday

Lilypie Kids Birthday tickers

Khalili Amni - Khalil Afnan

twin's birthday

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sabtu, 21 September 2013

Progress Si Kembar

16.9.13 
Hari ni hari ke2 'terkandas' dalam rela di kampung. Sabtu malam sepatutnya kami balik ke KL, Amni pulak kena chickenpox. Badan Afnan pun mula panas. Fikir punya fikir, RA minta izin Mr. KA untuk stay kat kampung. Ya, Khalif terpaksa la ponteng seminggu. 
RA memikirkan perjalanan 2 jam dalam kereta dengan si kembar yang demam. 
RA memikirkan kesibukan Mr KA dengan komitmennya yang menidakkan dia berada di rumah tak kira waktu. 
RA memikirkan 'perang saudara' di rumah nanti. 
Macam2 kena difikirkan, harap2 keputusan ni yang t'baik untuk semua, insyaAllah.

 


17.9.13 
usia twin RA genap 1 tahun 10 bulan. Kalau ikutkan benchmark yang therapist bagi, Afnan sepatutnya dah boleh mengungkap lebih 8 perkataan. Tapi nampaknya, buat masa ni dia masih di bawah tahap piawaian. Bukan tak boleh, tapi agak 'malas' nak bukak mulut. Regular word dia 'mama', 'ayah'..tu je lah yang selalu RA dengar.. 
Amni pula, yang terbaru ni dia da mula pandai tepuk tangan sendiri..sebelum ni tepuk tangan mama, tepuk kepala afnan, tepuk perut abg khalif & tepuk bahu ayah boleh la..


20.9.13
Alhamdulillah, anak2 dah sihat. Afnan dah ceria macam biasa. Amni dalam proses pemulihan. Dia anak yang kuat. Dalam keadaan dari pinggang ke bawah yang penuh dengan biji2 berair tu, dia gagah merangkak ke sana sini. Kurang seminggu, chickenpox dah kering. Syukur alhamdulillah.. semoga anak2 mama sentiasa dibawah lindungan & rahmatNya..


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...