PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 20 Ogos 2012

'EID MUBARAK 1433H

SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL FITRI 1433H


Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri RA ucapkan buat semua... Semoga dengan kedatangan bulan ini selepas berakhirnya Ramadhan, tidak mengurangkan amalan kita seharian, insyaAllah...

Tahun ni RA beraya di rumah mertua di KL je. Kalau nak ikutkan, tahun ni giliran kami beraya di kampung RA di Sabak Bernam. Tapi, memandangkan raya ke-2 Mr KA dah kena bertugas, RA tak kisah. Lagipun, balik kampung, mak dan abah RA tak ada. Tahun ni diorang mengakhiri puasa dan menyambut 'Eidul Fitri di Tanah Suci Makkah bersama kekanda sulung RA, kak Anis. 

Tahun ni juga pertama kali kami rayakan bersama si kembar baby Amni dan baby Afnan. Agak kelam kabut juga buat RA menyiapkan 3 orang budak kecik ni...heheh...

:: Gambar raya keluarga yang di shoot pada jam 11:30 malam. Anak2 dah kepenatan ::




:: raya ke-4 RA dan keluarga balik Sabak Bernam menanti
kepulangan  mak, abah dan kak anis ::




:: seronok dapat ole2 dari mekah ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
R.A 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...