PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Rabu, 6 Februari 2013

Fisioterapi di awal pagi..



Heheh..tak lah awal mana pun. Appointment jam 10am, gerak dari rumah jam 9.40am. 
Squad melapor diri di Unit Fisioterapi jam 10.10am (turun kereta jam 10.05.. 5 minit lagi melayankan Khalif 'shopping' kat HospiMart!)

Masuk ke Unit Fisioterapi, therapist yang biasa merawat Amni senyum tak perlu kata apa2.. (macam lagu pulak).. Rupanya dia tengah sibuk prepare nak menyedut kahak sorang baby ni. Tak sampai hati nak tengok. RA terus bawak Amni kat tempat biasa kami 'melepak'. Datang sorang doktor cina, tanyakan nama Amni. Kemudian dia ke depan balik.


Sambil tunggu doktor tu datang balik, sempat la RA menyapa sorang ibu yang bawa anak lelakinya berusia 8 tahun dan sorang perempuan cina dengan 2 orang anak perempuan sekitar usia 10 & 12 tahun. Dengan perempuan cina tu tak banyak bualnya sebab dia sibuk mengarah dua anaknya berjalan & berpaut pada palang besi..kalau tak, terhoyong-hayang diorang berjalan.



Berbalik pada cerita ibu & anak lelakinya tu.. Kronologinya sama dengan Amni. Doktor dah trace masalah dari dalam kandungan lagi. Doktor tawarkan untuk ambil air ketuban di usia kandungan 8 bulan! Dan risikonya, 50-50... Sama macam RA juga, dia tak nak merisikokan anak & diri sendiri. Biarlah apa yang keluar nanti baru diusahakan rawatannya. Bila dah keluar, ultrasound dijalankan, anak ada masalah pada otak. RA tak pasti dengan terma medikalnya sebab ibu tu pun tak sebut... Cuma setakat apa yang RA faham, selain masalah pada saraf otak, saiznya juga kecil berbanding saiz kanak2 normal. Tengok pada keadaan fizikalnya pun.. Kepalanya leper pada sisi kiri..dia mampu duduk walaupun tulang belakang agak bengkok tapi kakinya langsung tak berdaya..makan minumnya, dengan bantuan ibu sepenuhnya. Sebotol besar susu @ makanan kisar dimasukkan melalui tiub yang disalurkan ke perut yang ditebuk. Kata ibunya, waktu masih bayi, saluran susu ditusuk ke hidung sampai ke perut. Genap usianya setahun, perut pula yang ditebuk. Point tiub yang melekap ke perut perlu ditukar setiap tahun. Kos untuk sekali penukaran RM 700.. 

Kemudian, giliran si ibu menanyakan keadaan Amni.. Simple je jawapan RA, tapi rasanya cukup jelas menerangkan keadaan Amni. Tiba2 dia tanya nama Amni. Kemudian tanya nama penuh Amni. Lepas tu, dia tanya RA orang mana? Aik, banyak lak soalnya. RA rasa, dia pun bukan 'orang sini'. 
Tak semena2 dia kata macam ni, "Ammi? Amni? Panggil la nama lain. 
Biasanya, kalau budak tak sihat macam ni, kena panggil nama yang elok2.". 
Aik, ni apa hal ni?
"Elok la tu nama dia. Takkan saya nak bagi nama yang tak elok."
"Apa makna Khalili Amni tu?", dia tanya dengan nada 'kerek'. 
Hamboi, lebih dah ni. 
"Khalili tu, sahabat baikku. Amni tu keamananku. Tak baik ke macam tu?". 
RA masih jaga intonasi. Masih cool & relax. 
"Ye la. Nama tu tak apa. Tapi panggil la nama lain yang elok.". 
Aisey, dah masuk nak nasihat suruh panggil lain pulak. Dah setahun 2 bulan nama tu kt bibir & hati kami kak oiii..grrr..time ni memang dah masuk tahap gerrram! Baru nak jawab, doktor cina tu datang sambil senyum2. Nasib baik betul la pempuan tu. Lambat sikit tadi, memang kena sebijik, tumbuh bumper kat dahi..

Mungkinkan benar2 terjadi kalau doktor tu lambat datang? Owh,mungkin tidak. RA bukan orang macam tu.. Tapi, dengan sikap dia macam tu, hilang sikit rasa hormat tu..


 

Huh, baru nak masuk cerita Amni dengan rutin fisionya.. Doktor ajar 2 benda je pada RA sepanjang sejam sessi fisio.. Amni dah pass berdiri walaupun perlu dipegang. (pass dalam ertikata susah nak pujuk dia duduk,duk lurus kaki nak berdiri walaupun tak ada balancing pun). 



Pertama; duduk & pangku Amni, dalam masa yang sama tangan kiri ratakan dua2 kaki Amni ke lantai manakala tangan kanan pulak tekan perlahan lutut Amni. Tujuannya; membiasakan Amni merasa & menggunakan tumit untuk mengampu berat badannya ketika berdiri. 

Kedua; Amni duduk di lantai & meja diletakkan di depannya. Barang mainan diletakkan atas meja untuk menarik perhatiannya. RA duduk di belakang Amni dengan kedua tangan mencengkam perlahan pinggul Amni. Perlahan2 tolak ke dalam & bila ibu jari bertemu, perlahan tekan tulang punggungnya ke lantai. Tujuannya; supaya Amni dapat merasa & menggunakan tulang punggung tu sebagai sokongan untuk dia duduk. Itu yang perlu RA buat di rumah berterusan buat masa ni. 

Doktor tanya, "Kat rumah ada gym ball?". "Ada doc". "Ada buat exercise dengan gym ball? Confident RA jawab, ADA doc! Takkan nak bagitau, "Doc, gym ball tu ada,tapi...
saya dah buang anginnya & simpan elok2 sebab anak sulung saya ni buat macam 
main bola sepak kat rumah saya yang kecik tu doc!."..hahah..


:: Tak dapat nak ambik gambar Amni dengan rutin fisio 
sebab mama kena pegang Amni ::

Tak apa lah Amni, ayah kan banyak idea untuk tolong Amni exercise walaupun tak ada gym ball.. Amni boleh berdiri tegak kat tapak tangan ayah, Amni boleh berdiri sorang2 kat atas kerusi (ayah ikat dengan tali pinggang abang long Khalif!).. Ada Afnan selalu tolong duduk sambil 'urut' belakang Amni...heheh....

:: aksi ini tidak pernah dibiarkan lama melainkan 
ketika gambar ini diambil...heheh ::


 

SAYANG SANGAT-SANGAT, KETAT-KETAT 
KAT KHALILI AMNI! 

  



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...