PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Sabtu, 2 Februari 2013

Boikot & Adab


Sebelum membaca apa yang RA utarakan kali ini, ingin sekali RA mohon maaf 
atas apa jua sebab. Tak mau jadi musuh tau.. Kita kawan?!



RA kira, isu boikot memboikot apa jua yang ada kaitan dengan ISRAHELL (meminjam terma dari sahabat2 maya) dah semakin muram, suram dan kelam. Mana taknya, banyak status sahabat2 FB update dan upload gambar2 yang mengingatkan RA pada penderitaan saudara2 kita di luar sana. Tidaklah RA lebih baik @ lebih sempurna dalam hal2 sebegini. Tapi RA berusaha untuk terus istiqamah dalam usaha ini. Ada yang bertanya sinis, terjejas sangat ke 'income' mereka bila tak ramai mana pun dari kita yang memboikot? Merudum teruk ke 'sales' mereka bila tak sikit mana pun yang masih menggunakan produk2 tu?

Aduh, jangan sempitkan fikiran, jangan terlalu rigid & jumud dalam usaha2 sekecil kuman ini.. YA, tak menjejaskan & merudumkan ekonomi mereka pun (mungkin). Tapi pada RA, boikot itu lebih kepada usaha mendidik jiwa @ tazkiyyatun nafs.. selain perang psikologi terhadap puak2 & kroni2 ISRAHELL itu sendiri.

Bukan juga memperlekehkan sahabat2, apalagi mengejek (kadang tergoda juga dengan aura2 iklan di tv & akhbar), sebenarnya kita dapat menahan nafsu2 rasukan ISRAHELL & menukarnya dengan alternatif lain yang lebih baik. Jarum yang ditusuk dari pelbagai arah & sudut, dipandang sepi malah dianggap 'it's ok' & 'small matter' tapi sangat serius & cukup menyakitkan buat mereka yang berkongsi rasa menjadi mangsa. Pokok pangkalnya, nak tak nak je kan..

Sesekali, cubalah bayangkan & letakkan diri di tempat mereka. Hayati & selami perasaan bagaimana bila disakiti. Bertanyalah pada diri sendiri, sudah terdidikkah jiwa & hati nurani bila mana kita menyumbang walau dengan nilai secubit garam kepada usaha pemusnahan tamadun manusia, menyokong kepada percubaan menghancurkan peradaban bangsa & agama. Tanyakan lagi, sudah terdidikkah jiwa & hati nurani bila mana kita sanggup melihat manusia lain (melihat dari aspek yang lebih luas selain aspek saudara seagama yang sepatutnya lebih terkesan di sanubari)  terluka berdarah fizikal mental, terobek parah jasmani rohani, sebelum nyawa dianggap murah terbang melayang, dek kerana dari apa yang masuk ke perut, dari apa yang resap ke kulit & dari apa yang teradaptasi ke minda & jiwa kita, lebih teruk lagi pada anak2 bangsa kita!



Kalau tidak mahu turut serta dalam usaha remeh temeh ini, sekurang2nya cukuplah menghormati sensitiviti & kebimbangan sahabat2 kita.. Sekurang2nya cukuplah menghayati perjuangan (yang dipandang) kecil sahabat2 kita.. 
YA, kita takkan mampu memboikot semua sekali gus. Realitinya, medium maya yang kita gunakan kini juga adalah milik mereka. Jadi, gunakan dengan bijak! 
Selagi boleh dielak, kita elak. Selagi boleh dimanipulasi, kita manipulasi!

Sementelah mengatakan tentang 'tazkiyyatun nafs' tadi, RA juga rasa terpanggil dengan bagaimana adab & etika kita menggunakan teknologi tanpa sempadan, sumber maklumat tanpa batasan (borderless & unlimited ; terma umum yang baru meresap ke otak kiri RA) khususnya ketika meng'update' status & meng'upload' gambar. 
YA, YA & YA, hak masing2 menggunakan ; bahasa apa sekalipun, ayat bagaimanapun, gambar apa & siapapun. Cuma perkongsian ringkas; orang dapat menilai peribadi & siapa diri kita melalui status2 yang diupdate. Maka hati2 kerana bukan orang lain yang bercerita & membongkar perihal diri kita, tapi kita yang meng'kantoi'kan diri kita sendiri. 
Bukan HIPOKRIT tapi..itu yang terbaik! 
(RA suka update blog, bercerita tentang hari2 RA bersama suami & anak2, juga upload gambar anak2 (juga), menyatakan RA punya 24 jam untuk mengambil gambar mereka, kerana status RA sebagai fulltime housewife..heheh,orang kata ss pun ss lah!)


Akhir sekali, buat kesekian kalinya RA mohon kemaafan andai apa yang tertulis di atas telah menyinggung mahupun mengguris hati sahabat2. Tentu ramai akan katakan, kalau tak suka, jangan baca. Sangat tak suka, unfriend je. Terlalu amat tidak suka, block terus! Ini semua cuma 'pendapat peribadi' RA yang ; boleh di iyakan (kalau betul & sependapat) & ; boleh ditidakkan (kalau tak betul & bercanggah)..kalau nak buat 'dek' je pun boleh!
Sesungguhnya yang BAIK itu dari Allah S.W.T, yang 'kureng'2 itu dari kelemahan RA untuk menjana akal fikiran RA sendiri akibat kekurangan darah yang mengepam oksigen ke otak kiri & kanan (thalasemia trait!) :-) ... wallahu a'lam.


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...