PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Jumaat, 24 Jun 2011

Di Sebalik Hari Ibu & Bapa

RA terpanggil untuk menulis dan berkongsi entry ni selepas sahabat-sahabat RA galak menyambut Hari Bapa. Bukan sahaja dengan ucapan, malah ada yang menyambutnya dengan sambutan bak hari lahir, sehingga berlebih-lebihan dan berlaku pembaziran.

Ramai yang tidak tahu sejarah sambutan Hari Bapa ini. Ramai juga yang tahu sejarah sambutan Hari Ibu, masih tetap meraikannya. RA tak nafikan, RA juga ada ucapkan Selamat Hari Ibu kepada bonda dan kekanda-kekanda RA yang 4 orang tu. Cuma sekadar ingatan yang tak pernah padam dengan pengorbanan mereka yang bergelar ibu, tak lebih dari itu, insyaAllah... Hakikatnya, RA sendiri baru tersedar dari agenda yang tersembunyi ini. Marilah kita istighfar dan mohon keampunan-Nya. استغفر الله العظيم


  • Sejarah Hari Ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

  • Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

  • Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

  • Manakala Sambutan Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

  • Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya,William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

  • Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.

Kesimpulannya, pada RA, Hari Bapa mahupun Hari Ibu, bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari-hari itu juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu. Bagi RA, hari-hari adalah HARI IBU dan HARI BAPA...sayang MAK & ABAH! Sayang juga MUMMY & AYAH!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...