PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Jumaat, 17 Februari 2012

(Kronologi) Kami & Thalassemia


Pertama kali RA screening untuk Thalassemia (klik utk info) pada tahun 2008, sewaktu mengandung KA Jr. Itupun sebab tahap Hb RA yang rendah. Then, doc pun sarankan Mr KA buat screening sekali. Result keluar, kami suami isteri ada talas (senang sebut & taip). RA talas beta manakala Mr KA talas beta.

Maka berkata2lah doc tu..."nape tak screening awal2?"...RA tak ada jawapan yang spesifik untuk doc tu. RA cuma jawab dalam hati, "kalau kitorg screening awal2, dah tau kitorg ada talas, dah tentu2 kalau ikutkan dalam iklan tu, tak bley kawen. Dah jodoh aku dgn Mr KA.. Kalau screening awal2 & tau kitorg ada talas, aku kawen gak dengan dia...hihi"

Semuanya kami serahkan pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tu, tak ada sebarang masalah. KA Jr lahir pun tanpa apa-apa masalah. Kami mintak doc buat screening untuk KA Jr, tapi doc kata, baby tak disarankan sampai dia besar sikit. Dan sampai hari ni, KA Jr masih belum screening untuk talas. Harap2 tak ada pada KA Jr.

Semua berjalan lancar sehinggalah RA disahkan mengandung buat kali kedua pada awal tahun 2011 yang lalu. Pertama kali ke klinik, result ujian darah (Hb) buat doc membebel. Dah, bukan salah RA dan bukan salah ibu RA, tahap Hb jadi sangat rendah. Tahap normal >11, tapi Hb RA hanya 7.5.

Pada bulan ke enam, tahap Hb tinggal 6..doc terus refer RA ke HKL untuk tindakan lanjut doc pakar di sana. Apa lagi, terpasalah RA tinggalkan KA Jr dalam jagaan Mr KA sementara RA admitted 3 hari di Hospital Bersalin HKL. Jarum drip dah ditangan, selama 3 hari 2 pain darah selamat masuk ke dalam badan RA. Bosan yang teramat sangat dikelilingi orang2 yang sakit (macam la diri tu sihat sangat pun). Nasib baik doc2 & nurse2 kat situ semua baik2 walaupun RA admitted di wad kelas 3! (ingat nak masuk wad kelas 1 @ 2, tapi semua dah penuh!)
Alhamdulillah, RA dibenarkan discaj lepas Hb naik ke 9. Suka & gembira tak terkata

Sekarang ni pulak, sebaik baby Amni & Afnan lahir, diorg dah dapat tarikh untuk buat screening waktu umur diorg 8 bulan nanti. RA & Mr KA terus berdoa agar diorang pun bebas dari THALASSEMIA

Amin...

"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...