PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 20 Februari 2012

(Kronologi) Ekzema KA Jr & Baby Amni


Pening kepala RA dengan keadaan baby Amni sekarang ni. Kulitnya kemerahan-merahan & mengelupas, nampak sangat kering. Dah tentu2 dia terasa gatal sebab bila tangannya bebas dari bedung, mukalah yang digosoknya. Ada satu ketika, sampai keluar air bisa dari pipi yang digosoknya tu. Sewaktu appoitment di Institut Pediatrik, ada juga RA tanyakan pada doc tentang keadaan dia. EKZEMA (klik utk info) la yang keluar dari mulut doc. Memandangkan, KA Jr pun ada sejarah ekzema, jadi turunlah pulak pada adiknya.


:: sebelum teruk kena ekzema ::


Menjaga anak yang ada ekzema ni (KA Jr), kena banyak sabar gak.
Apa yang pasti, tangannya kena di jaga selalu, kalau leka, dia pun leka menggaru sampai luka2. Kesian kat anak yang tak tau apa2 tu.

:: merah2 disekitar mata, pipi & leher ::

Bermula sewaktu mandi, mandiannya bukan jenis yang bersabun dan ada pewangi. Lepas mandi, tak pakai bedak pun, apa lagi losyen. Biarlah KA Jr tak sewangi anak orang lain, asal kulitnya tak jadi gatal2. Bila sampai masa dia dah mula makan makanan pejal, pun kena dijaga pemakanannya. Bila makan makanan yang bersantan, mulalah sekeliling mulutnya merah & mengelupas. Aduh, luluh hati RA tengok keadaannya waktu tu.

Bawa jumpa doc, dia akan
sarankan beberapa jenis siri penjagaan bayi. Antara yang pernah RA gunakan, jenama Cetaphil & SebaMed. Sekarang, untuk baby Amni, selepas gunakan aqua cream, RA gunakan pulak Jerslin Oil. Alhamdulillah setakat ni, nampak kurang kemerahan tu.



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...