PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Rabu, 22 Februari 2012

Info Tentang Ekzema



EKZEMA ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.

Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa masa kini adalah menguruskan anak berkulit ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi satu nama asing di kalangan masyarakat hari ini. Malah, pakar-pakar dermatologi menyifatkannya ‘penyakit negara perindustrian’ kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.

Sebagai penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang untuk bertindak balas terhadap punca alahan, pesakit ekzema sesungguhnya memerlukan penjagaan rapi. Walaupun begitu, ekzemajuga boleh berpunca akibat rangsangan persekitaran atau kedua-duanya sekali.

Pelbagai kajian mendapati kira-kira 15 hingga 20 peratus mangsa penyakit kulit ini terdiri daripada kanak-kanak yang telah bersekolah. Biarpun ekzema atopik adalah masalah rumit, sebilangan besarnya boleh diuruskan menerusi kaedah yang betul.

Menurut Pakar Dermatologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL),Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim, simptom-simptom awal ekzema yang bermula dari bahagian dahi atau muka boleh merebak ke anggota tubuh yang lain.

Akan tetapi, seiring dengan peningkatan usia, ekzema berkemungkinan‘menetap’ di satu-satu lokasi tertentu seperti pada bahagian lipatan kulit di kaki atau lengan. Pun begitu, masalah yang sukar dikawal adalah rasa gatal yang berlanjutan sehingga merosakkan kulit.

Apabila situasi seumpama ini berlaku, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa khasnya mereka yang masih baru atau tidak mengerti dunia ekzema? Pengurusan yang betul sudah semestinya akan memudahkan penjagaan anak yang mengalami kulit seperti ekzema.

Berikut adalah beberapa fakta penting untuk ibu bapa menguruskan keadaan kulit anak yang berekzema :

  • Adakah diet memberi sebarang kesan kepada ekzema?
Diet boleh menjadi faktor perangsang ekzema bagi sesetengah bayi dan kanak-kanak. Tetapi jarang sekali ia merupakan punca tunggal. Sekiranya keadaan ekzema anak anda bertambah buruk selepas mengambil makanan tertentu dan ini berlanjutan untuk satu tempoh sehingga tiga bulan, anda patut mendapatkan nasihat doktor.

  • Adakah keadaan iklim dan suhu menjejaskan ekzema?
Perubahan suhu (daripada terlampau sejuk kepada terlalu panas)secara tiba-tiba ada kemungkinan memberi kesan kepada kulit. Misalnya,sesetengah pesakit akan memberi tindak balas terhadap matahari manakala bagi yang lain pula cahaya matahari mungkin membantu.

  • Mengapakah penggunaan emolien atau pelembap penting?
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim ataupelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untukmelembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembapkhas untuk keadaan kulitnya.

  • Apakah yang perlu diambil perhatian apabila mandi atau membasuh?
Dalam segelintir kes ekzema seperti ekzema atopik, penggunaan krimatau emolien mandian setiap hari adalah penting untuk membersih dan melembapkan kulit. Dapatkan nasihat doktor kerana keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Pastikan juga air mandian adalah suam dan bukannya panas. Produk mandian kosmetik mungkin menyebabkan keadaan ekzema bertambah buruk.

  • Adakah minyak mandian antiseptik membantu?
Mungkin membantu untuk sesetengah orang tetapi pastikan ia hanya digunakan untuk satu tempoh masa yang singkat.

  • Adakah rawatan steroid luaran membantu?
Ada kalanya jangkitan boleh menyumbang masalah kepada ekzema. Jika keadaan ekzema anda disertai dengan nanah, ini akan menyebabkan ekzema bertambah buruk. Krim steroid boleh mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuh lapisan halangan kulit.

  • Apakah jenis pakaian yang harus dipakai?
Sebaik-baiknya, gunakan pakaian berkain kapas kerana fabrik sintetik boleh mengganggu masalah ekzema. Elakkan daripada menggunakan pelembut fabrik untuk pakaian tersebut.

  • Adakah binatang peliharaan akan memburukkan lagi keadaan?
Jika tiada haiwan peliharaan dalam rumah, baik jangan beli pun.Sekiranya ada, kurangkan bilangan haiwan dalam bilik. Jangan sesekali biarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas katil atau berada di bilik mandi.


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...