PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 26 November 2012

Nyaris Tangguh Lagi!!!



Astaghfirullahal 'azhim... 
Nyaris2 terlepas lagi appoinment si twin kat Klinik Kesihatan TTDI hari ni. RA boleh pulak baring2 sambil layan Afnan menyusu dan buaikan Amni. Tiba2 teringat hari ni ada appointment untuk jumpa doc dan injection MMR 1 tahun. Tengok jam dah pukul 8.30am. Apalagi, menggelabah la mandikan Afnan dan mengejutkan Mr. KA yang sambung tidur di bilik sebelah. Siap mandikan budak2 ni, jam 9am gerak ke KK TTDI. Sampai sana, nurse semua pelik sebab biasanya muka RA ni lah yang pertama masuk ke klinik, jam 7.30am.


Selesai konsultasi dengan staff nurse Zorina Bakar, bawak budak2 ni jumpa doc pulak. RA refer balik nasihat staff nurse untuk tanya doc tentang alahan Amni pada kuning telur (egg yolk). Memandangkan hari ni diorang nak kena cucuk MMR (salah satu bahan adalah egg yolk), doc terpaksa bertanya dulu pada doc pakar di HKL. Nampaknya hari ni cuma Afnan je la yang kena cucuk. Untuk Amni, RA kena refer pada doc pakar di Pediatrik.

:: gambar sekadar hiasan ..heheh ::

Afnan lak, masa kena cucuk, dia menjerit. Pastu terus senyap. Yezzaaaa, anak mama memang anak yang kuat. Dari baby lagi, dapat 1st injection, menjerit masa cucuk jarum je, tak menangis pun, pastu dia cool balik... Dia menangis bila dengar orang tinggi suara kat dia je...

Tak apa ye Amni, untuk kebaikan Amni, mama & ayah akan buat apa saja. Yang penting, Amni sihat macam biasa...insyaAllah

:: my princess ::



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...