PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Selasa, 19 November 2013

Macam comel je.. Macam best je.. Macam iye je..

(posting tanpa gambar)

Alhamdulillah..
bestnya petang ni. RA rasa nak lompat2 je. 
Apa la yang best sangat tu sampai RA nak lompat2????
Sambil layan drama Filipina ni, sambil layan anak2 makan koko crunch. Tetiba tengok Amni ambik satu dan bawak ke mulut. Tapi sayang, mulut dah nganga koko crunch jatuh ke lantai. Dia lepaskan tak kena masa, belum sampai ke mulut dah dilepasnya.

Hah, itu je?!!!! Itu je dah boleh buat  RA rasa nak lompat2????!!!! Keterujaan apakah ini????
Dah tentu lah, apa saja yang Amni buat untuk pertama kali di usianya sekarang dah masuk 2 tahun, RA teruja 'giler'!!! Ok!!!! Hahahah...

Amni masih tak pandai nak gunakan tangannya menyuap makanan sendiri. Makan apa pun, biasanya Afnan lah yang banyak bantu RA, tolong suap makanan ke mulut Amni. Botol pun Afnan tolong pegangkan. Tapi tadi, tengok apa yang dia buat, bahagianya rasa hati.. Pegang botol pun baru dalam minggu ni dia pass..(pegang botol sambil duduk menyusu yang baru pass, pegang botol sambil baring dah lama dia pass..heheh)

Go my princess!!! Anak mama budak kuat. Tak apa lambat sayang, asalkan Amni nak mencuba & tak putus asa. Mencuba walau berapa kali pun bukanlah kegagalan sayang, sebab kegagalan yang sebenar adalah apabila kamu berhenti mencuba! Ceeewah, bermadah pulak mama ye...


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...