PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Selasa, 16 April 2013

Macam2 cerita mereka..


Alhamdulillah.. Amni tunjukkan lagi perkembangan dan kemajuan dia.. walaupun sesekali je, itu dah buat RA senyum lagi. Malam tadi, balik dari kampung, RA letakkan beg pampers dalam kedudukan menegak dan tersandar ke dinding. RA ke dapur sekejap dan bila ke depan tengok Amni dah berdiri kat pampers tu! Syukur sangat2, dia dah boleh menyokong 60% badan dia. Tak sabar nak tengok dia mula berdiri tegak dan melangkah sendiri, memandangkan Afnan dah boleh memanjat dan berlari..






Amni dan Afnan pun dah pandai main bersama. Afnan suka mengagah Amni dan main cak2.. Dan jelas, Amni boleh respon apa yang Afnan buat kat dia. Dengan kata lain, Amni peka pada keadaan sekeliling dan bukan hidup dalam dunia dia sendiri. Bukan apa, bila bawak si kembar ni buat check up di klinik, nurse selalu anggap, Amni kurang respon pada sekitarnya, kurang pendengaran dan penglihatan. (aduh, baru teringat. Appointment untuk Amni buat hearing sound dan eye assessment  tak ambik lagi kat hkl!!!) Amni pun dah buktikan, sekarang ni dialah kaki tv kat rumah selain mamanya! Afnan pun tak layan sangat tv melainkan ada upin ipin..

Oh ya cerita pasal Afnan, dia dah pandai sebut 'yayah', 'bapak' (panggilan utk abg RA) dan 'kakak'. Mama? Tunggu la dia menangis, baru dia panggil 'mama'. Bila berulangkali suruh sebut mama, dia tetap akan sebut ' yayah' sambil gelak2. Dia pun dah pandai nak sakat mama ye...

Cuma yang membimbangkan RA berat badan si kembar yang tak memberangsangkan dan bulan lepas, tak naik langsung! Afnan masih 8.3kg, Amni pulak 6.3kg. Carta BMI dah menurun ke warna kuning, hampir2 menjunak ke warna merah dan tiap bulan dirujuk kepada Pakar Pemakanan. Ye la, kadang2 jeles gak tengok anak orang lain debab2 belaka. Anak2 RA macam tak cukup makan! Ish, mana boleh tak cukup makan. Kat rumah ni, sentiasa mengunyah. Makan nasi macam biasa gak. Mama pun dah makan banyak2, pun tak naik. Sebab tu anak2 tak naik gak kot, faktor genetik???? Tak apa lah, janji anak2 mama sihat ye..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...