PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Khamis, 13 Disember 2012

Family Holiday 2012 ; Cameron Highland (3D2N)


Dah lama rasanya kami adik-beradik tak buat aktiviti outing beramai2 bawak mak abah jalan2 makan angin. Plan yang asalnya untuk outing dengan pasangan, terus merebak jadi family outing akibat dari kepantangan ahli keluarga RA mendengar offer nak berjalan. Ni kira meraikan 2 pasang pengantin ni la jugak. Jadi, sehari selepas majlis kenduri di Taman Melati, 9 Disember 2012 kami gerak ke Cameron Highland dengan konvoi 5 buah kereta. Perjalanan naik ke destinasi agak mencabar. Tour guide kami salah pilih jalan, ikut jalan Tapah yang penuh dengan tanah runtuh akibat dari hujan yang berterusan. Alhamdulillah, dengan izinNya kami selamat sampai walaupun abah dah mabuk, muntah2 beberapa minit sebelum sampai ke Ringlet. Sian kat abah...huhuhu....

Kami menginap di dua unit Lily Apartment Tanah Rata. Cukup selesa untuk kami seramai 28 orang (termasuk 6 kanak2 bawah 5thn). Mak aiiii, sejuk giler lah kat sini. Teramatlah bijak diri ini, bawak sweater dan stoking anak2 je. Untuk mak ayah tak ada. Ingatkan, tak lah sesejuk ni. Rasa macam duk dalam peti sejuk! 








Oleh kerana hari pertama tu masing2 kepenatan duk lama dalam kereta, maka duduk2 borak je la kat rumah, sementara tunggu nak makan malam sambil sessi beramah mesra dengan ahli keluarga baru kami yang 2 orang itu... 


  




  



Oh ya, urusan makan kami kat apartment tu senang je. TAPAU. Kalau rasa lapar lagi tengah malam sambil berselimut tu, boleh la rendam maggi... Sebelum tu kami dah collect duit untuk belanja makan 3H2M ni. Fuhh, sekali collect macam nak duk seminggu kat sini. Tak apa, ada lebih kita masuk tabung dana keluarga untuk trip akan datang pulak, insyaAllah.






"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...