PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Isnin, 15 Julai 2013

Anugerah Terindah



ANUGERAH TERINDAH..yang tak boleh dibeli di pasaraya Giant, Tesco apalagi Mydin, yang tak ternilai dengan emas permata, waima bertan2 beratnya , yang tak boleh digolok gadai pada sesiapa, walaupun di Poh Kong atau Habib Jewel sekalipun..ia anugerah terindah yang Allah kurniakan (pinjaman juga), bukan pada semua orang, sebagai satu nikmat dan juga sebagai ujian, iaitu A.N.A.K.

RA tak nak cakap pasal sesiapa. RA cakap tentang diri sendiri (sambil tengok cermin ni tau). Tanyalah pada siapa pun yang bergelar ibu, pasti ada cabaran yang sama tapi tak serupa. Menghadapi karenah anak yang pelbagai, apalagi karenah anak2 yang pelbagai.. (bezakan dua ayat di atas ye.. :-) )

Kadang2 tahap kesabaran agak teruji dengan perangai anak2. Ya, kita juga manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dan rasa marah (ayat klise). Sebab tu lah tercipta istilah 'mama jadi tarzan'.hahah... Kadang2, tahap kesabaran dah masuk dalam zon merah iaitu zon bahaya dan masa tu kemarahan menguasai akal. Hati mula hilang arah bila akal tak lagi berpandukan rasional. Anak2 yang jelas dangkal akalnya jadi tempat melepas geram dan marah. Itulah yang terjadi pada RA yang berkerjaya (dengan jayanya insyaAllah - cita2ku) sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Tetapi tak sampai beberapa saat melepas amarah, penyesalan menyerbu jiwa. Tatkala itu, istighfar tak putus mengenang kembali khilaf diri dengan curahan airmata. Tetapi jika perkara sama berulang, berbaloi ke semua tu lepas melepas geram, kita beristighfar sedangkan kita tak berusaha untuk mencari punca dan titik penyelesaiannya? Samalah jika kita melakukan silap pada orang lain kemudian memohon maaf dan mengulangi hal yang sama beberapa kali. Itu semua hipokrit!

Sepertimana yang diunjurkan dalam Islam, tatacara menghadapi anak2 di usia bawah 7 tahun bukanlah dengan makian & kekerasan. Di usia inilah mereka harus dilayan dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan tatacara menghukum dan memukul mereka. Pukul hanya dari paras pinggang ke bawah. Bayangkanlah jika kita memukul atau menampar anak2 di bawah usia 7 tahun ini. Tamparlah, pukul dan sepaklah (saja nak cabar) kemudian duduk sorang2 dan fikirkan kembali perbuatan kita tadi. Tidakkah kita nampak BODOH & CETEK AKAL (sorry to say...),  terserlah juga KETIDAKMATANGAN dengan memukul anak2 kecil yang suci tiada dosa dengan akal fikir mereka yang terbatas tu? Jika ada silap dalam sikap mereka, tegur & ajari mereka dengan kasih sayang. Jika ada kurang dalam sifat mereka, cambah & bentukkan keperibadian mereka dengan ilmu.

Ya, satu masa kita bagai hilang arah untuk menangani anak2 ini (lagi2 perut tengah lapar ni). Ketika ini jugalah kita perlukan sokongan & bantuan dari sang ayah. Bukan tanggungjawab ibu sahaja untuk segala apa yang berlaku dalam rumah sementelah ayah berhempas pulas mencari rezeki di luar. Baik ibu, baik anak2, mereka memerlukan sentuhan psikologi & rohani dari seorang ayah. Bukan kemewahan semata2 yang anak2 harapkan..cukup makan, cukup pakai, syukur alhamdulillah..cukup juga kasih sayang, belaian & perhatian dari ayah, itulah bonus berpanjangan yang mereka perlukan sebagai bekalan memori yang akan mereka bawa sampai giliran mereka pula menyandang gelaran ibu @ ayah (andai umur panjang). Itulah gunanya cuti dihujung minggu kan... Ibu ayah sama2 menggunakan masa yang berkualiti dalam membentuk peribadi anak2..

Duduklah seketika, ambil masa bersendiri, fikirkan kembali tentang kemarahan kita pada anak2. Bukankah anak2 itu cerminan diri kita? Dalam pada kita terus menerus menunding jari pada anak kecil yang baru mula mengenal dunia, berbaik sangkalah pada sang Pencipta. Dia berikan ujian sebegini sebagai teguran buat kita ibu bapa yang lalai & culas bukan sahaja dengan tanggungjawab pembangunan rohani anak2, tapi cuai dalam membawa istilah ibu & ayah itu sendiri. Maka, jawapan kepada teguran itu, bukanlah menghukum anak2 tetapi kita sebagai ibu bapa kembali kepada Allah, bertaubat padanya kerana kadangkala memang jelas kita melakukan kesalahan padaNya. (mengambil & mengembang idea dari mutiara kata Dr Muhaya - audit diri)

Sebagai isteri dan ibu, sedikit demi sedikit RA mula memahami kenapa sampai ada ibu yang sanggup menyakiti anak sendiri. Itu bukan kehendak & niat mereka, tapi itu yang terjadi bila syaitan beraja di hati & minda. Salah satu sebabnya, kerana tertekan, tiada pula sokongan & bantuan dari si ayah. Ops, RA tak berpihak mana2 walaupun RA seorang ibu ye. Perkara ini boleh jadi sebaliknya. Apa yang penting, sokongan dari pasangan. Kekuatan fizikal satu hal.. Bagaimana dengan emosi? Tak diwajibkan PERLU dilakukan dalam bentuk material (kalau ada, satu lagi bonus untuk mengukuhkan institusi keluarga), cukup sekadar perhatian & sokongan emosi. Percayalah, ia bagai tonik kuat yang mampu membangkit semangat pasangan untuk terus menyerap tekanan (sangat berkesan pada isteri2 & ibu2 - indeed)
Sama2lah kita muhasabah & perbaiki diri demi kelansungan generasi Muslim & Mukmin berkualiti di masa akan datang, insyaAllah.

******************************************************

Keseluruhan nukilan di atas adalah milik RA. Ini bermakna, apa yang tertulis adalah pendapat RA sendiri & anda berhak menyatakan pendapat anda sendiri tanpa mewujudkan apa2 perbalahan. Tiada paksaan untuk menerima atau menolak pendapat ini, kerana memang kita sebagai manusia diciptakan dengan pelbagai rupa, pelbagai budaya, pelbagai latarbelakang, pelbagai pengalaman & pelbagai tahap pemikiran. Jadi, melalui kepelbagaian kita belajar menerima, melalui kekurangan kita belajar melengkapi, melalui kesilapan kita belajar memperbaiki.. Semoga Allah memudahkan urusan kita dalam kepelbagaian ini. Aminn..




p/s RA menulis untuk menegur diri sendiri yang selalu khilaf menghukum anak (sepatutnya mengajar) akibat dari kemarahan yang kurang terkawal, bukan dengan niat menyakiti tetapi untuk mengingati (tetapi kadang2 terover..adoi!) . Semoga Allah beri kekuatan untuk RA menjalani tanggungjawab menjaga & mendidik amanahNya ini sehingga lahir khalifah2 yang soleh & solehah di muka bumi ini, insyaAllah. (ya boleh dengan izinNya, tapi bermulalah dengan diri sendiri ye puan RA ;-) )




"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2013

Sabtu, 13 Julai 2013

Marhaban ya Ramadhan!





Alhamdulillah, tahun ni diberi lagi umur dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa bagi Ramadhan 1434H pada 10 Julai 2013. Bermakna tahun kedua puasa dengan si kembar Amni & Afnan.

CABARAN? MENCABAR? TERCABAR? A little bit lah compared dengan tahun lepas. Diorang dah 1 tahun 8 bulan. Setara lah dengan tahap akal & IQ diorang, macam2lah karenahnya.. Mujur cuma Amni yang BF, Afnan sepenuhnya FM. Itupun, time ke dapur dah merangkak nak masak untuk berbuka. Masa tu lah Amni menjerit nak menyusu & minta RA baring je dengan dia, dan masa tu jugalah Afnan menjerit minta dilayan, didukung dsb. Tahun lepas RA masih boleh relax lagi, umur baru 8 bulan..tak ada lah banyak karenahnya. Oh ya, belum lagi si otai abang long yang minta dilayan juga. Layan menulis, layan main games, tiba2 gak la dia lapar sangat nak makan sebab sedap cium bau mama masak! Nampaknya tahun ni dia masih tak bersedia nak puasa. It's okay sayang, mama takkan paksa. Sampai masa nanti, Khalif sendiri yang nak puasa. Buat masa ni, waktu sekolah memang dia puasa la, pukul 12.30pm sampai ke rumah terus buka..buka peti sejuk..heheh..



"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...