PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Jumaat, 29 Mac 2013

Bertuahnya jadi tetamu Allah...


Dah lama rasanya RA tak update blog ni. 


Almaklumlah, agak sibuk dengan persiapan Mr KA mengerjakan ibadah umrah pada 13hb - 25hb Mac lalu. Mr KA menjadi tetamu-Nya bersama mak ayah. Pada mulanya, mereka dijadualkan bertolak pada 8hb Mac. Esok nak bertolak, hari ni dapat mesej penerbangan ditangguhkan. Allahuakbar..ujian pertama dari-Nya. 
Bukan mudah nak jadi tetamu-Nya. Penerbangan ditangguhkan ke 12hb Mac pulak. Sekali lagi bakal2 tetamu ini diuji apabila penerbangan ditangguhkan lagi ke pagi esok. RA nampak Mr KA nampak tenang je macam biasa. Tapi tak tau la dalam hati macamana kan... 


 
 
 

Dugaan ni membuatkan RA teringat kenangan sebelum RA jadi tetamu-Nya13 tahun lalu. Perancangan awal, perjalanan umrah dijadualkan pada akhir tahun 1999. Waktu tu RA masih di KISDAR Shah Alam. Dah siap ambik cuti dua minggu. 
Sewaktu di kampung, beberapa kali penerbangan ditangguhkan sebelum kami dimaklumkan sebenarnya, penerbangan yang sepatutnya kami naiki memang tidak ditempah! Apalagi, kena tipu la tu namanya. 
Ya Allah, hanya Allah yang tau macamana perasaan RA masa tu. Ada beberapa hari rasanya RA berkurung dalam bilik. RA akui, terlalu kecewa dengan situasi tu. Lepas mak abah pujuk, kawan2 rapat telefon dan bagi semangat, RA cuba bina semula keyakinan diri, cuba cari titik positif dan fikirkan semula yang semua Allah tentukan dah tentu2 ada hikmah disebaliknya. 
Alhamdulillah, pertengahan 2000 sewaktu RA dalam tahun akhir di KISDAR Bangi, seruan tu datang kembali. Rasanya, dua kali juga penerbangan ditangguhkan sebelum impian RA untuk jadi tetamu-Nya jadi kenyataan. Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman, dugaan dan ujian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 
Dah sampai sana, tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan keterujaan, kesyukuran dan betapa rindunya untuk kembali lagi sebaik meninggalkan kota penuh barakah itu. Allahuakbar!

Selama 10 hari ditinggalkan, rindunya kat Mr KA. Sungguh, selalu pisah 2 minggu, RA kat kampung dengan anak2, Mr KA kat KL, ok jer.... Tapi kali ni, jarak tu yang buat RA sangat terasa ketiadaannya. Mujur teknologi sekarang makin maju. Whatsapp ada, Zello ada, Skype ada..anak2 pun boleh live chat dengan ayah diorang. 

Mr KA pun sentiasa update kat FB... Dulu, tahun 2000, setiap kali nak masuk Masjidil Haram, beg akan diselongkar. Memang tak ada peluanglah nak ambik gambar. Ambik gambar luar masjid pun, dah ada yang menjerit, "Mamnu'!!", tak boleh lah tu. Sekarang, masing2 yang masuk masjid, senang2 boleh ambik gambar. Waktu RA pergi dulu juga, nak hubungi saudara di Malaysia, kena beli kad macam ring2 kad tu. Sekali call terus habis nilai kredit. 
Sekarang semuanya dah lebih mudah... Jangan salah guna teknologi sudah la kan....




"SEMUANYA KERANA ALLAH"

RA 2013

Khamis, 7 Mac 2013

Langkah pertama Amni!


(Posting tanpa gambar)

Alhamdulillah, Amni mula melangkah (bertatih dgn tangannya dipimpin ok...)
Sblm ni, kalau dibawa berjalan, kakinya akan t'tinggal dan terseret. 
Gigi atas pun dah mula nampak tu!!!!


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...