PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Khamis, 25 Oktober 2012

Family Outing 2012 : Bayu Beach Resort PD (2H1M)



20/10/12 yg lalu, kekanda Naz ku ajak kami sekeluarga berholiday hujung minggu ke PD. Call juga ke kampung ajak mak, abah, abg mie dan kak ella join sama. Tak bestnya, abah tak dapat join kami kali ni..huhu...



Kami menginap di Bayu Beach Resort PD selama 2 hari 1 malam...cukuplah..janji misi tercapai, release stress...hihihi...jom jamu mata percutian pendek kami...

:: ini tukang sponsor tempat penginapan kami ::
:: view kat sini memang cantek. siyes...many to capture in memories ::




:: 1st day di tepi pantai...baby Amni cuma basah2 kaki je ::
:: ni baru intro ::
:: 2nd day; pagi2 da turun nak pulun mandi pantai ::
:: ingatkan takot...rupanya dia excited sampai tak nak naik ::

:: sume wat muka kena ombak..hahah ::
:: credit untuk driver mak, abg mie n kak ella ::
:: pelengkap holiday a.k.a sessi release stress; banana boat ::
:: ibu2 mithali b'sama anak2 duk diam2 dlm bot ye ::




:: sampai jumpa lagi. kami dah nak balik ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
R.A 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

7 TIPS KELUARGA BAHAGIA DARI USTAZAH SITI NOR BAHYAH


1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...