PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Khamis, 23 Februari 2012

Jurugambar Tak Bertauliah...


Post paling best RA nak tulis & kongsikan dengan semua. Salah satu kegilaan RA juga walaupun tak ada sentuhan professional pun...heheh...SELAMAT MENJAMU MATA!

:: the call of prayer ::


:: nature 01 ::


:: nature 02 ::


:: nature 03 ::


:: nature 04 ::


:: nature 05 ::


:: nikon maniac ::

:: iqra' ::


:: sibuknya ::


:: haji kecik ::


:: sunset @sabak bernam ::


:: cak! ::


:: buat apa tu?? ::


:: father & son ::


:: khalif in the bottle ::


:: focusing ::


:: from the bottom ::

"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Rabu, 22 Februari 2012

Info Tentang Ekzema



EKZEMA ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.

Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa masa kini adalah menguruskan anak berkulit ekzema. Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi satu nama asing di kalangan masyarakat hari ini. Malah, pakar-pakar dermatologi menyifatkannya ‘penyakit negara perindustrian’ kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.

Sebagai penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang untuk bertindak balas terhadap punca alahan, pesakit ekzema sesungguhnya memerlukan penjagaan rapi. Walaupun begitu, ekzemajuga boleh berpunca akibat rangsangan persekitaran atau kedua-duanya sekali.

Pelbagai kajian mendapati kira-kira 15 hingga 20 peratus mangsa penyakit kulit ini terdiri daripada kanak-kanak yang telah bersekolah. Biarpun ekzema atopik adalah masalah rumit, sebilangan besarnya boleh diuruskan menerusi kaedah yang betul.

Menurut Pakar Dermatologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL),Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim, simptom-simptom awal ekzema yang bermula dari bahagian dahi atau muka boleh merebak ke anggota tubuh yang lain.

Akan tetapi, seiring dengan peningkatan usia, ekzema berkemungkinan‘menetap’ di satu-satu lokasi tertentu seperti pada bahagian lipatan kulit di kaki atau lengan. Pun begitu, masalah yang sukar dikawal adalah rasa gatal yang berlanjutan sehingga merosakkan kulit.

Apabila situasi seumpama ini berlaku, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa khasnya mereka yang masih baru atau tidak mengerti dunia ekzema? Pengurusan yang betul sudah semestinya akan memudahkan penjagaan anak yang mengalami kulit seperti ekzema.

Berikut adalah beberapa fakta penting untuk ibu bapa menguruskan keadaan kulit anak yang berekzema :

  • Adakah diet memberi sebarang kesan kepada ekzema?
Diet boleh menjadi faktor perangsang ekzema bagi sesetengah bayi dan kanak-kanak. Tetapi jarang sekali ia merupakan punca tunggal. Sekiranya keadaan ekzema anak anda bertambah buruk selepas mengambil makanan tertentu dan ini berlanjutan untuk satu tempoh sehingga tiga bulan, anda patut mendapatkan nasihat doktor.

  • Adakah keadaan iklim dan suhu menjejaskan ekzema?
Perubahan suhu (daripada terlampau sejuk kepada terlalu panas)secara tiba-tiba ada kemungkinan memberi kesan kepada kulit. Misalnya,sesetengah pesakit akan memberi tindak balas terhadap matahari manakala bagi yang lain pula cahaya matahari mungkin membantu.

  • Mengapakah penggunaan emolien atau pelembap penting?
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim ataupelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untukmelembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembapkhas untuk keadaan kulitnya.

  • Apakah yang perlu diambil perhatian apabila mandi atau membasuh?
Dalam segelintir kes ekzema seperti ekzema atopik, penggunaan krimatau emolien mandian setiap hari adalah penting untuk membersih dan melembapkan kulit. Dapatkan nasihat doktor kerana keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Pastikan juga air mandian adalah suam dan bukannya panas. Produk mandian kosmetik mungkin menyebabkan keadaan ekzema bertambah buruk.

  • Adakah minyak mandian antiseptik membantu?
Mungkin membantu untuk sesetengah orang tetapi pastikan ia hanya digunakan untuk satu tempoh masa yang singkat.

  • Adakah rawatan steroid luaran membantu?
Ada kalanya jangkitan boleh menyumbang masalah kepada ekzema. Jika keadaan ekzema anda disertai dengan nanah, ini akan menyebabkan ekzema bertambah buruk. Krim steroid boleh mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuh lapisan halangan kulit.

  • Apakah jenis pakaian yang harus dipakai?
Sebaik-baiknya, gunakan pakaian berkain kapas kerana fabrik sintetik boleh mengganggu masalah ekzema. Elakkan daripada menggunakan pelembut fabrik untuk pakaian tersebut.

  • Adakah binatang peliharaan akan memburukkan lagi keadaan?
Jika tiada haiwan peliharaan dalam rumah, baik jangan beli pun.Sekiranya ada, kurangkan bilangan haiwan dalam bilik. Jangan sesekali biarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas katil atau berada di bilik mandi.


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Isnin, 20 Februari 2012

(Kronologi) Ekzema KA Jr & Baby Amni


Pening kepala RA dengan keadaan baby Amni sekarang ni. Kulitnya kemerahan-merahan & mengelupas, nampak sangat kering. Dah tentu2 dia terasa gatal sebab bila tangannya bebas dari bedung, mukalah yang digosoknya. Ada satu ketika, sampai keluar air bisa dari pipi yang digosoknya tu. Sewaktu appoitment di Institut Pediatrik, ada juga RA tanyakan pada doc tentang keadaan dia. EKZEMA (klik utk info) la yang keluar dari mulut doc. Memandangkan, KA Jr pun ada sejarah ekzema, jadi turunlah pulak pada adiknya.


:: sebelum teruk kena ekzema ::


Menjaga anak yang ada ekzema ni (KA Jr), kena banyak sabar gak.
Apa yang pasti, tangannya kena di jaga selalu, kalau leka, dia pun leka menggaru sampai luka2. Kesian kat anak yang tak tau apa2 tu.

:: merah2 disekitar mata, pipi & leher ::

Bermula sewaktu mandi, mandiannya bukan jenis yang bersabun dan ada pewangi. Lepas mandi, tak pakai bedak pun, apa lagi losyen. Biarlah KA Jr tak sewangi anak orang lain, asal kulitnya tak jadi gatal2. Bila sampai masa dia dah mula makan makanan pejal, pun kena dijaga pemakanannya. Bila makan makanan yang bersantan, mulalah sekeliling mulutnya merah & mengelupas. Aduh, luluh hati RA tengok keadaannya waktu tu.

Bawa jumpa doc, dia akan
sarankan beberapa jenis siri penjagaan bayi. Antara yang pernah RA gunakan, jenama Cetaphil & SebaMed. Sekarang, untuk baby Amni, selepas gunakan aqua cream, RA gunakan pulak Jerslin Oil. Alhamdulillah setakat ni, nampak kurang kemerahan tu.



"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Ahad, 19 Februari 2012

Info Tentang Thalassemia




TAHUKAH ANDA ? KIRA-KIRA 5% rakyat Malaysia pembawa thalassaemia trait dan ini bermakna hampir SATU JUTA rakyat negara ini pembawa thalassaemia trait. ANDA kelihatan normal tetapi anda berkemungkinan pembawa thalassaemia trait.

THALASSAEMIA hanyalah sejenis kecacatan darah dan bukannya penyakit dalam erti kata yang sebenarnya kerana ia tidak melibatkan sebarang kuman atau virus. THALASSAEMIA trait atau major diwarisi iaitu ianya boleh diturunkan oleh ibubapa kepada anak-anaknya. TIDAK terdapat sebarang manifestasi atau tanda penyakit di kalangan pembawa thalassaemia trait.


THALASSAEMIA bukanlah sesuatu yang menyakitkan dan tidak menjejaskan kesihatan pembawanya. THALASSAEMIA boleh dikesan hanya melalui ujian darah sahaja. TIADA apa buruknya menjadi pembawa thalassaemia trait dan kita tidak perlu rasa malu atau segan kerana mewarisi thalassaemia trait.

PEMBAWA thalassaemia trait boleh jejaskan kesihatan anak-anaknya yang lahir nanti jika dia mengahwini pembawa thalassaemia trait. JIKA anda bebas dari mewarisi thalassaemia, anda boleh mengahwini sesiapa sahaja termasuk pembawa dan pesakit thalassaemia. TIADA seorang pun yang boleh mendabik dada bahawa beliau bebas dari thalassaemia sebelum beliau menjalani ujian darah bagi mengesan thalassaemia. BENIH thalassaemia boleh dibawa oleh sesiapa sahaja, tidak kira jantina atau keturunannya.

JIKA kedua-dua ibubapa pembawa thalassaemia trait, 25% kemungkinan anak mereka akan mengidap thalassaemia major yang memerlukan pemindahan darah sekali sebulan dan 50% kemungkinan anaknya lahir sebagai pembawa thalassaemia trait.

SETIAP pengidap thalassaemia major memerlukan pemindahan darah setiap 4-6 minggu seumur hidup. KANAK-KANAK pengidap thalassaemia major tidak dapat mengeluarkan hemoglobin yang mencukupi kerana sum-sum tulang mereka tidak boleh mengeluarkan sel darah merah yang sempurna. KANAK-KANAK pengidap thalassaemia major dilahirkan normal tetapi akan menjadi anemia antara umur 3 hingga 6 bulan apabila mereka menjadi pucat, tidur tidak nyenyak, kurang selera makan dan ada yang muntah-muntah. JIKA kanak-kanak pengidap thalassaemia tidak dirawat, mereka akan hidup menderita dan biasanya akan mati antara umur 1 hingga 8 tahun.

MASYARAKAT berhutang sekurang-kurangnya dua pain darah sebulan kepada setiap pengidap thalassaemia major yang dilahirkan untuk seumur hidupnya. SETIAP pengidap thalassaemia
major memerlukan rawatan untuk mengeluarkan zat besi yang berlebihan akibat dari pemindahan darah. JIKA zat besi tidak dikeluarkan, besar kemungkinan pengidap thalassaemia major akan mati sebelum mencapai alam kedewasaan. ZAT besi berlebihan akan menjejaskan organ didalam tubuh pengidap thalassaemia major, seperti hempedu, buah pinggang, hati, paru-paru, jantung dan sebagainya. KOS rawatan untuk mengeluarkan zat besi berlebihan dari badan pesakit thalassaemia major tidak kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setahun.

LIMPA dan hati pengidap thalassaemia major
membengkak menyebabkan perutnya buncit dan limpa sebilangan daripada mereka telah dibuang melalui pembedahan supaya pemusnahan sel darah merah dapat di kurangkan. PEMBAWA atau pesakit thalassaemia juga boleh berkahwin dan melahirkan anak. THALASSAEMIA tidak boleh diubati kecuali melalui rawatan pemindahan sum-sum tulang. PENGIDAP THALASSAEMIA major yang mendapat rawatan sepenuhnya boleh menjalani kehidupan yang normal dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan mereka.


SANGGUPKAH ANDA LIHAT …
  • KANAK-KANAK thalassaemia major menderita dan mati sebelum mencapai umur belasan tahun kerana tidak mendapat rawatan pemindahan darah? KANAK-KANAK thalassaemia major mati sebelum mencapai kedewasaan kerana tidak mendapat rawatan pengeluran zat besi dari badan mereka? PENGIDAP thalassaemia major menderita dan mati kerana tidak berkemampuan membiayai rawatan pemindahan darah dan pengeluaran zat besi dari badan mereka?

ADAKAH ANDA …
  • PERNAH menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit seperti thalassaemia?
  • MEWARISI thalassaemia trait dan salah seorang daripada pembawa thalassaemia trait?
  • MEMPUNYAI ahli keluarga yang dikesan sebagai pembawa thalassaemia trait atau pengidap thalassaemia major?
  • MEMPUNYAI anak yang pucat, selalu letih dan tidak aktif bermain, perut membuncit dan
  • pertumbuhan badannya terbantut?

MAHUKAH ANDA …
  • MENGAHWINI seorang pembawa thalassaemia trait jika anda juga telah dikesan sebagai pembawa thalassaemia trait?
  • MELIHAT rakyat Malaysia generasi akan datang menderita kerana mewarisi thalassaemia major?
  • MELAHIRKAN anak setelah anda tahu bahawa 25% kemungkinan anak anda dilahirkan sebagai pengidap thalassaemia major?
  • PERGI ke hospital setiap bulan bagi menjalani pemindahan darah anak anda?
  • MENYUNTIK anak anda setiap malam selama lima malam seminggu bagi mengeluarkan zat besi berlebihan dari badan anak anda?
sumber: sahabat thalassaemia malaysia


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Jumaat, 17 Februari 2012

(Kronologi) Kami & Thalassemia


Pertama kali RA screening untuk Thalassemia (klik utk info) pada tahun 2008, sewaktu mengandung KA Jr. Itupun sebab tahap Hb RA yang rendah. Then, doc pun sarankan Mr KA buat screening sekali. Result keluar, kami suami isteri ada talas (senang sebut & taip). RA talas beta manakala Mr KA talas beta.

Maka berkata2lah doc tu..."nape tak screening awal2?"...RA tak ada jawapan yang spesifik untuk doc tu. RA cuma jawab dalam hati, "kalau kitorg screening awal2, dah tau kitorg ada talas, dah tentu2 kalau ikutkan dalam iklan tu, tak bley kawen. Dah jodoh aku dgn Mr KA.. Kalau screening awal2 & tau kitorg ada talas, aku kawen gak dengan dia...hihi"

Semuanya kami serahkan pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tu, tak ada sebarang masalah. KA Jr lahir pun tanpa apa-apa masalah. Kami mintak doc buat screening untuk KA Jr, tapi doc kata, baby tak disarankan sampai dia besar sikit. Dan sampai hari ni, KA Jr masih belum screening untuk talas. Harap2 tak ada pada KA Jr.

Semua berjalan lancar sehinggalah RA disahkan mengandung buat kali kedua pada awal tahun 2011 yang lalu. Pertama kali ke klinik, result ujian darah (Hb) buat doc membebel. Dah, bukan salah RA dan bukan salah ibu RA, tahap Hb jadi sangat rendah. Tahap normal >11, tapi Hb RA hanya 7.5.

Pada bulan ke enam, tahap Hb tinggal 6..doc terus refer RA ke HKL untuk tindakan lanjut doc pakar di sana. Apa lagi, terpasalah RA tinggalkan KA Jr dalam jagaan Mr KA sementara RA admitted 3 hari di Hospital Bersalin HKL. Jarum drip dah ditangan, selama 3 hari 2 pain darah selamat masuk ke dalam badan RA. Bosan yang teramat sangat dikelilingi orang2 yang sakit (macam la diri tu sihat sangat pun). Nasib baik doc2 & nurse2 kat situ semua baik2 walaupun RA admitted di wad kelas 3! (ingat nak masuk wad kelas 1 @ 2, tapi semua dah penuh!)
Alhamdulillah, RA dibenarkan discaj lepas Hb naik ke 9. Suka & gembira tak terkata

Sekarang ni pulak, sebaik baby Amni & Afnan lahir, diorg dah dapat tarikh untuk buat screening waktu umur diorg 8 bulan nanti. RA & Mr KA terus berdoa agar diorang pun bebas dari THALASSEMIA

Amin...

"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Selasa, 14 Februari 2012

:: TRIBUTE :: Setahun Pemergiannya





14 FEBRUARI 2011 @ 11 RABIUL AWWAL 1432H

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosanya.
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia bersama-sama
dengan golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Engkau selamatkanlah dia dari segala siksaan dan azab neraka
Engkau jauhkanlah dia dari segala siksaan dan azab kubur,
dan Engkau masukkanlah dia ke syurga-Mu Ya Allah.
Amin, amin Ya Rabbal 'Alamin

Isnin, 13 Februari 2012

Rezeki...rezeki...Alhamdulillah...


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.”
-Doa Nabi Musa-

Hujan yang turun melimpahkan rahmat. Makanan yang baik dan halal membawa
berkat. Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat. Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat. Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah. Pintalah dengan penuh kerendahan, pasti Allah sedia mengabulkan.




Beberapa hari ni RA agak sibuk, tak menang tangan rasanya. Melayan karenah KA Jr., baby Amni (tu baby Afnan belum ada lagi tu) & Mr. KA , mengemas, masak... sambil mengejarkan dateline (tak ada dateline pun sebenarnya) @ lebih tepat lagi a.s.a.p orang kata, untuk menyiapkan tempahan teacher's rubberstamp sebanyak 100 set! Adus, dah pening kepala RA dengan bau getah rubberstamp ni. Pun begitu, syukur dengan kurniaan rezeki dari-NYA...

Selesai jer urusan rubberstamp ni, maka bolehlah RA balik kampung cari baby Afnan pulak..

:: episod potong-memotong ::


:: episod paling pening, umah bersepah ::


:: episod paling best, da siap packing, boleh baring! ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Jumaat, 10 Februari 2012

Say No To Valentine Day!


Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus menyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari
di jejalanan kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

(http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals
of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha.

Nabi SAW bersabda :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asal-usul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.


2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)


3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.


4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.


5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua. "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah? Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.


6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haramberdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya dan menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air.

(Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.


7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.


Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007


** copy & paste dari Zaharuddin.net


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012

Rabu, 8 Februari 2012

Selamat Hari Lahir!

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Jadi
Happy Birthday
Sanah Helwa

Tu semua wish yg RA dapat kat dinding Cik Puan Muka Buku & handphone RA. Alhamdulillah, hari ni genaplah usia RA 32 tahun...uish, 32 tahun??? kenapa, tak percaya? hahah...


Tapi, birthday RA hari ni tanpa seorang lg insan yg amat RA sayangi, baby Afnan. Dia ikut nenek balik kampung. RA terpaksa lepaskan baby Afnan buat beberapa minggu untuk menyelesaikan beberapa urusan di sini. Hope baby Afnan ok tanpa mama...

:: baby Afnan yg murah dgn senyuman..miss him ::


"SEMUANYA KERANA ALLAH"
RA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...