PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Jumaat, 24 Jun 2011

Di Sebalik Hari Ibu & Bapa

RA terpanggil untuk menulis dan berkongsi entry ni selepas sahabat-sahabat RA galak menyambut Hari Bapa. Bukan sahaja dengan ucapan, malah ada yang menyambutnya dengan sambutan bak hari lahir, sehingga berlebih-lebihan dan berlaku pembaziran.

Ramai yang tidak tahu sejarah sambutan Hari Bapa ini. Ramai juga yang tahu sejarah sambutan Hari Ibu, masih tetap meraikannya. RA tak nafikan, RA juga ada ucapkan Selamat Hari Ibu kepada bonda dan kekanda-kekanda RA yang 4 orang tu. Cuma sekadar ingatan yang tak pernah padam dengan pengorbanan mereka yang bergelar ibu, tak lebih dari itu, insyaAllah... Hakikatnya, RA sendiri baru tersedar dari agenda yang tersembunyi ini. Marilah kita istighfar dan mohon keampunan-Nya. استغفر الله العظيم


  • Sejarah Hari Ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

  • Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

  • Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

  • Manakala Sambutan Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

  • Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya,William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

  • Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.

Kesimpulannya, pada RA, Hari Bapa mahupun Hari Ibu, bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari-hari itu juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu. Bagi RA, hari-hari adalah HARI IBU dan HARI BAPA...sayang MAK & ABAH! Sayang juga MUMMY & AYAH!


Khamis, 16 Jun 2011

KA Jr. - 3y 3m


Alhamdulillah...sampai hari ni KA Jr. RA dah menunjukkan peningkatan. Di usianya menjangkau 3 tahun 3 bulan, KA Jr. dah mula menguasai beberapa kemahiran.

1. Mengira 1-10 dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
2. Membaca Iqra sehingga huruf Jim - ج
3. Search kartun kegemaran di Youtube, tanpa bantuan mama RA.
4. Membaca doa tidur dan makan dengan lancar walaupun sebutan tak tepat.
5. Dah boleh tolong mama RA, ambik remote tv atau handphone. (ikut mood)

Harap-harap KA Jr. terus rajin belajar ye. InsyaAllah...




Isnin, 13 Jun 2011

Saya Suka Menulis


Minat RA dalam penulisan kreatif bermula sejak dari tingkatan 2. Setiap penulisan RA sudah pasti ada pembaca setia. Dia teman sekelas RA yang tak putus-putus memberi sokongan dan sentiasa mendorong RA untuk terus menulis. Namun, segalanya terhenti sewaktu RA terpaksa menumpukan perhatian untuk menghadapi SPM. Selepas itu, semuanya terhenti buat beberapa tahun.

Apabila RA membaca kembali hasil penulisan RA tu, nak tergelak pun ada. Al-maklumlah, tulisan 'budak-budak'. Nampak sangat ketidakmatangan dalam menghadapi sesuatu konflik walaupun semua tu cuma rekaan RA sendiri.

Kini, selepas beberapa tahun kebelakangan, selepas sibuk dengan pengajian di IPTA, akhirnya RA mula mendapat semula suntikan semangat dari keluarga ter'chenta', lebih-lebih lagi dari sang suami, Mr KA. Kick start buat RA dengan terhasilnya 'Utusan Kasih Dari Madinah Al-Munawwarah' pada 2002. RA juga memberanikan diri untuk berkongsi cerpen ini di laman ini. Akhirnya RA mendapat maklumbalas dari teman-teman pembaca seperti di sini.. Ada yang suka, tak kurang juga mempersoalkan plot dan watak cerpen ini. Semua ini RA jadikan penanda aras untuk RA terus berkarya dan seterusnya memperbaiki mutu penulisan. BAik atau buruk komen-komen mereka, RA lebih bersemangat selepas itu!

Kemudian, berderetlah tajuk-tajuk dalam kepala menunggu giliran untuk dijadikan cerita.
01 Utusan Kasih Dari Madinah Al-Munawwarah
02 Arafah Saksi Bisu Cinta Si Buta
03 Kad Cinta Jabal Rahmah
04 Titian Taubah Mencari Nur Al-Haram
05 Jam 9 di Zam Zam Tower
06 Hijrah di Sudut Raudhah
07 Kasihnya Tertinggal di Kota Suci
08 Explorace Cinta ke Haramain


Dalam 8 tajuk ni, 5 cerpen dah pun siap, manakala bakinya masih dalam pembikinan. Entah berapa lama lagi masa terpaksa RA tunggu untuk disempurnakan. Harap-harap, semuanya berjalan lancar dan semoga Allah memberi RA idea-idea bernas untuk terus menulis dan berkongsi dengan teman-teman lain...insyaAllah...

Wallahua'lam
R.A11

Khamis, 9 Jun 2011

Penangan 'Nora Elena'


Syukur alhamdulillah... Akhirnya RA kembali ke dunia blogging. Kembali mencari teman-teman pembaca dan blogger yang lain, bukan kerna nama, cuma untuk berkongsi rasa.
Semoga DIA mempermudahkan dan memberi lebih banyak idea untuk RA berkongsi sesuatu yang bermanfaat dari blog ini, insyaAllah...


1st post nak cerita apa ye? Oh ya, sekarang ni, sedang hangat dengan drama Nora Elena yang di tayangkan di TV3. RA pun tak terlepas dengan penangan drama ni, memandangkan ia adalah adaptasi dari novel, pasti jalan ceritanya menarik lebih-lebih lagi dengan pelakon-pelakon yang best juga. Apa yang buat RA melekat di depan tv menonton drama ini, tertarik dengan watak Seth, sang suami 'instant' untuk Nora Elena.


Betapa sabarnya dia melayan karenah isteri yang tak ingin dilayani sebagai isteri. Perkahwinan bukan atas dasar cinta, tak sepatutnya dibebani dengan perkara-perkara sebegini. Apa yang penting, pasangan perlu saling menerima, bertolak ansur dan saling menghormati. Mujur si heroin dapat suami penyabar seperti Seth. Bukan sekarang ni mereka sedang melayar rasa bahagia bahtera rumahtangga?

Setiap pasangan yang disatukan dengan satu akad yang suci, pasti mahukan ikatan itu berkekalan dan bahagia. Gelak tawa, tangis duka, marah dan rajuk hiba, itu asam garam dalan setiap hubungan. Namun, kekal hingga hujung nyawa, itu memang dah jadi cita2, kemudian dapat bertemu kembali di pintu syurga...ewaaahhh

Konklusinya, tengok drama, tengok juga. Jangan lupa ambil intipatinya, yang elok jadikan panduan & pengajaran, yang buruk jadikan sempadan & dijauh2kan...

Wallahua'lam
R.A11

Cemburu Tandanya Sayang...




Semua orang akan berkata, cemburu pada pasangan kita, itu tanda kita sayang pada dia. Tapi kalau sampai kes macam kat atas ni, ini dah berat. RA kutuk habis-habisan. Itu bukan kerana sayang, tapi dengki je lebih. Betul tak?

RA bangkitkan isu ni, refleks dari komen salah seorang teman fb hubby RA. Tiba-tiba, di wall fb hubby keluar pulak link-link yang tak diundang, siap like lagi tu. Kalau yang elok-elok, tak apa la juga. Tapi yang tak sepatutnya. Respon dari RA macam biasa la, sur
uh je la hubby delete post tu & unlike. Teman fb tu sangka RA dah hangin. Oh tidak...RA seorang yang rasional. Kenapa mesti kita jadi marah atau cemburu untuk sesuatu yang kita sendiri tak pasti. Jawapannya pada diri kita sendiri. Setiap keputusan dan tindakan perlu berpandukan akal yang waras, bukan hati yang panas dibakar syaitan yang nyata-nyata memusuhi kita. InsyaAllah, tak ada rasa cemburu yang terbit dalam hati sanubari ni. RA kenal hubby RA. Kalau dia buat sesuatu yang tak sepatutnya di luar pengetahuan atau kepercayaan RA pada dia, sendiri mau ingatlah..heheh.


Apa yang pasti, tak rasa apa-apa bukan bermakna kita tak sayang pasangan kita. Tak kata apa-apa bukan bermakna kita tak ambil berat pasal dia. Tak buat apa-apa bukan bermakna kita tak pedulikan dia.

والله اعلم
R.A11
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...