PERMATA HATI KAMI

PERMATA HATI KAMI
Khalif Akhyar

Khalili Amni - Khalil Afnan

Sabtu, 23 April 2011

Video - Maha Melihat (Opick ft Amanda)


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

repeat reff [2x]

Jumaat, 15 April 2011

Info Tentang Disleksia (Dyslexia)










DISLEKSIA berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.



Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori.

3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad.

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :

1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.

4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap “d”.

5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.

6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.

8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.

9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.


Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan Kanak-Kanak Disleksia

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.

2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.

4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.

6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.

8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.

9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...